Kemaskini terakhir : 11/03/2010 (Khamis)
  [ Arkib 2009 | Arkib 2008 | Arkib 2007 | Arkib 2006 | Arkib 2005 ]

 



Perpustakaan UKM : Audit Penilaian Semula MS ISO 9001 : 2008[atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan UKM akan menjalani Audit Penilaian Semula MS ISO 9001 : 2008 pada 17 - 18 Mac 2010. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan Audit ini amat dialukan.



(ewarga/bul/bil.11032010-54)


Makluman "Call For Papers : Regional Conference On ‘Current Developments In Speech, Language And Hearing Sciences In The Asia Pacific Region" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.11032010-53)


Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian  antara Yayasan Sime Darby dengan UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian  antara Yayasan Sime Darby dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menubuhkan Kursi Perubahan Iklim akan diadakan pada:

Tarikh: 15 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

Kolaborasi antara industri dan akademia ini telah menyaksikan inisiatif, dedikasi, kerjasama dan usaha selama 18 bulan sebelum ia menjadi kenyataan. Kursi Perubahan Iklim ini akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM) di Fakulti  Sains dan Teknologi, dengan rundingan bersama Yayasan Sime Darby. 

Kursi Perubahan Iklim ini bakal menjadi sebuah platform untuk membangunkan sinergi antara Yayasan Sime Darby dan UKM bagi memacu penyelidikan dalam mengenalpasti impak perubahan iklim di peringkat nasional dan wilayah, membangunkan penemuan saintifik untuk menggubal polisi-polisi pembangunan lestari serta membantu dalam mencari kaedah untuk mengurangkan dan juga mengadaptasi kesan-kesan perubahan iklim.



(ewarga/bul/bil.11032010-52)


Kejohanan Tenis Tertutup UKM 2010 [atas]


Tarikh kejohanan : 20 - 21 Mac 2010
Tempat pertandingan : Gelanggang Tenis UKM (bersebelahan unit kenderaan)
Yuran : RM10 per peserta bagi acara perseorangan dan RM10 per beregu bagi acara pasangan

Kategori pertandingan : Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki dan Beregu Wanita

Pertanyaan dan Pendaftaran : Hafizzal 019-2846471 atau Suk Thin 016-8933822


(ewarga/bul/bil.11032010-51)


Tahniah - Pelajar Fakulti Pergigian, UKM Berjaya Lagi [atas]

Dimaklumkan bahawa Seorang pelajar Fakulti Pergigian UKM, Saudari Ng Su Chin, telah muncul sebagai salah seorang pemenang di dalam satu pembentangan kes anjuran bersama pihak Syarikat 3M dan Jabatan Prostodontik, Fakulti Pergigian UKM. Pembentangan kes ini diberi nama 3M Fixed Prosthodontic Case Presentation, yang kali pertama dianjurkan di peringkat kebangsaan, telah dilangsungkan pada 6 Mac 2010. Ianya turut disertai oleh 2 lagi Fakulti Pergigian IPTA iaitu Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.

Saudari Ng Su Chin telah memenangi hamper barangan 3M dan sebuah iPod Nano, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM1100. Syabas diucapkan kepada pensyarah pergigian yang terlibat dengan kejayaan ini. Semoga pencapaian begini akan berterusan di masa akan datang.

(ewarga/bul/bil.11032010-50)


Siri Seminar INBIOSIS (13) [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), UKM  akan menganjurkan Siri Seminar INBIOSIS (13) seperti berikut:

Tajuk : Analysis and Control of the Carrageenan Structures Using Enzymes
Oleh: Dr. William Helbert (Station Biologique de Roscoff, France)

Tarikh: 17 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Dewan Seminar Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), UKM

Sila rujuk poster untuk keterangan lanjut atau layari www.inbiosis.ukm.my.

 

(ewarga/bul/bil.11032010-49)


Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid dilantik Penasihat Sains [atas]


Tahniah diucapkan kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid, Mantan Timbalan Naib Canselor, UKM kerana telah dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 1 Mac 2010. Syabas.

(ewarga/bul/bil.11032010-48)


Seminar Antarabangsa Agama dan Pemikiran Malaysia-Indonesia 2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10032010-47)


Kursus Pengurusan Acara dan Kursus Pengurusan Pasukan & Atlit 2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10032010-46)


Senarai Nama Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM Sesi 2009/2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10032010-45)


Seminar 1 Malaysia : Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10032010-44)


Hari Kerjaya FSKB 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu  (FSKB) akan menganjurkan hari kerjaya untuk pelajar-pelajar fakulti. Maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh: 27 – 31 Mac 2010 (Sabtu – Rabu)
Tempat: Foyer DK1, KKL

Aktiviti:  
- Ceramah berkaitan penulisan CV, komunikasi berkesan, ketrampilan diri, skil interpersonal dan persediaan temuduga
- Temuduga oleh pelbagai syarikat
- Peluang meneroka bidang kerjaya

Semua pelajar tahun akhir FSKB dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.10032010-43)


Makluman "Seminar 1Malaysia : Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami” dan Syarahan Perdana oleh YAB Pehin Sri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak [atas]

Anjuran bersama: Institut Islam Hadhari dan JAKIM

Dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26-27 Rabiulawal 1431H / 12-13 Mac 2010
Masa: 8.00 pg – 5.00 petang
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Syarahan Perdana

Tarikh : 26 Rabiulawal 1431H / 12 Mac 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat :Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Semua warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.10032010-42)


Manual Penyiaran Berita pada Sistem Buletin Univerisiti di Laman Sistem E-warga [atas]

Bagi melicinkan proses hebahan berita di Buletin Universiti pada laman Sistem e-warga, warga UKM diingatkan agar merujuk "Manual Kemasukan Buletin Universiti" seperti mana yang telah dipaparkan pada pautan hiperangkai pada laman sistem e-warga. Salah satu prosedur yang digariskan dalam manual ini ialah:

Permohonan untuk hebahan Buletin Universiti di laman e-warga hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum acara bermula. Permohonan pada sebelah pagi (jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari) akan dihebahkan pada sebelah petangnya pada hari yang sama. Manakala permohonan pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 12.00 tengah malam akan dihebahkan pada sebelah pagi hari berikutnya. Permohonan hanya akan diproses pada waktu/hari bekerja sahaja.

Garis panduan pada manual ini harus dipatuhi oleh pihak pemohon agar dapat mengelakkan kelewatan berita dihebahkan kepada semua warga UKM. Manual tersebut boleh dicapai melalui URL http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/manual.pdf atau boleh juga dicapai pada menu hiperangkai pada laman sistem e-warga ini.


(ewarga/bul/bil.09032010-41)


Wacana Fikir ATMA [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan menganjurkan Wacana Fikir ATMA  seperti berikut:

Tajuk: The Reception and Development of Ancient Science and Philosophy in the Arab-Islamic World
Oleh:  Prof. Madya Dr. Paul Lettinck, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya

Tarikh:  11 Mac 2010 / 25 R. Awal 1431H (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat:  Bilik Wacana, ATMA, UKM

Semua dijemput hadir


(ewarga/bul/bil.09032010-40)


Tahniah - Pasukan Kriket UKM Juara Lagi [atas]

UKM merakamkan ucapan Tahniah kepada Pasukan Kriket UKM di atas  kejayaan mengekalkan Kejuaraan Kejohanan Kriket Antara Negeri Perisai  Raja-raja 2010 dua tahun berturut-turut. Diharapkan Pasukan Kriket UKM dapat dijadikan Contoh Terbaik bagi membangunkan Pusat Kecemerlangan  Sukan Kriket di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Khasnya. Syabas. Sila klik untuk berita bergambar.

(ewarga/bul/bil.09032010-39)


Pekeliling Bendahari Bil. 8/2010 - Peraturan Kewangan Kerja Lebih Masa [atas]

Maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:

1. Pekeliling Bendahari Bil.8/2010 - Peraturan Kewangan Kerja Lebih Masa
2. Peraturan Kewangan Kerja Lebih Masa
3. Borang Tuntutan Kerja Lebih Masa

(ewarga/bul/bil.09032010-38)


Tahniah -UKM Johan Pertandingan "2010 Skyscraper Competition" [atas]

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM terutamanya kepada pensyarah pembimbing Pn Nor Akmal Goh  dan pelajar tahun 5 program Senibina atas kemenangan sebagai johan pertandingan 2010 Skyscraper Competition. Terdapat 430 penyertaan yang melibatkan 42 buah negara.

(ewarga/bul/bil.09032010-37)


Syarahan Umum Jomo KS [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.08032010-36)


Festival Makanan Bertemakan 'Taste Of Malaysia' [atas]

Tarikh: 24 Mac 2010 (Rabu)
Masa:  8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: TIBE, KKL


Anjuran: Pelajar Tahun 2, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.08032010-35)


Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam di UKM Bagi Tahun 2009 [atas]

Dimaklumkan bahawa sesuai dengan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998, Siri 7 No. 1, 2007, UKM akan melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai yang bertujuan bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program-program pembaharuan perkhidmatan awam yang terkandung di dalamnya nilai-nilai murni dan seterusnya membangunkan strategi meningkatkan pengalaman nilai-nilai tersebut di jabatan dan agensi di bawah seliaan masing-masing.

Semua warga UKM adalah dijemput untuk mengambil bahagian dan mengisi instrumen audit nilai atas talian yang merangkumi tiga (3) indeks yang perlu dijawab setiap satu iaitu Indeks Nilai Ideal, Indeks Nilai Peribadi dan Indeks Nilai Organisasi mulai  10 hingga 24 Mac 2010 dengan cara klik pada link berikut:

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai 2009
http://ewarga2.ukm.my/perseus/se.ashx?s=4CCBF9472FEAA80F

Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan akan dirahsiakan. Kerjasama semua warga UKM di dalam perkara ini adalah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Keterangan lanjut sila hubungi Pn. Ruziyah Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar, Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat, Tel: 03-89213885 atau Pn. Norizwati Tel: 03-8921 3857.

(ewarga/bul/bil.08032010-34)


Pencalonan Anugerah Bagi Majlis Anugerah Sukan Ke 20 [atas]

Perhatian kepada semua atlet, pengurus dan jurulatih pasukan UKM. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Sukan akan diadakan pada 6 April 2010 bertempat di DECTAR, UKM.

Pencalonan bagi anugerah-anugerah sukan telah dibuka kepada semua atlet UKM (pelajar dan kakitangan). Setiap pencalonan haruslah mendapat pengesahan Pengurus Pasukan, Jurulatih, Pusat Sukan UKM atau Penyelaras Permainan. Calon juga perlu mengepilkan 3 keping gambar dan salinan sijil penyertaan bagi setiap kejohanan yang disertai.

Tarikh tutup pencalonan : 12 Mac 2010

Borang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Am, Pusat Sukan


(ewarga/bul/bil.08032010-33)


Majlis Penyerahan C-HEtS Fasa 1 dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.08032010-32)


Gangguan capaian WIFI UKMJARING di Kolej Rahim Kajai (F) [atas]

Dimaklumkan penggunaan WIFI UKMJARING di Blok K17A,K17B,K17C,K17D,K17E dan K17F Kolej Rahim Kajai (F) tergendala buat sementara waktu kerana terdapat masalah teknikal. Penyambungan semula perkhidmatan WIFI UKMJARING di blok tersebut akan beroperasi setelah kerja-kerja pemulihan selesai.

Segala kesulitan amat dikesali.

(ewarga/bul/bil.08032010-31)


Tahniah: Pemakluman Senarai Ahli MBJ Sesi 2009/2011 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa orang kakitangan PPUKM telah berjaya dipilih sebagai Wakil Pekerja mewakili kumpulan perkhidmatan masing-masing. Sila klik untuk senarai wakil mengikut perkhidmatan.

Wakil-wakil yang tersenarai sebagai wakil pihak pekerja Majlis Bersama Jabatan PPUKM ini juga telah disahkan oleh Mesyuarat Pengurusan PPUKM pada 21 Disember 2009.

Warga Pusat Perubatan PPUKM merakamkan ucapan tahniah kepada wakil-wakil terpilih.

(ewarga/bul/bil.08032010-30)


Makluman "Technological talk titled “From NGN towards NGMN –Understanding the Relationship between 3GPP IMS and 3GPP Evolved Packet Core (EPC)” [atas]

Dimaklumkan siri ceramah di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Auditorium, MIMOS Berhad / Melalui MyREN

Penceramah: Prof Dr Thomas Magedanz, Head of Competence Centre NGN Infrastructure at Fraunhofer FOKUS.

Ceramah ini juga akan disiarkan secara video streaming ke Bilik Cempaka; Pusat Teknologi Maklumat, UKM. Warga UKM yang berminat untuk mengikuti ceramah ini di Pusat Teknologi Maklumat UKM bolehlah mendaftar nama; jabatan dan nombor telefon dengan menghantar email kepada Pn. Zatul dialamat zatul@ptm.ukm.my. Tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja.

Kepada warga UKM yang berminat untuk mengikuti ceramah ini di komputer masing-masing sila muat turun _panduan_ ini.


(ewarga/bul/bil.08032010-29)


Pameran dan Pertandingan Kereta Nissan Grand Livina [atas]

Pihak Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) UKM dan Kelab Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia (MyLC) akan mengadakan perjumpaan & pameran  Nissan Grand Livina pada butir-butir berikut :
 
Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi -1 .00 tengah
Tempat: Dataran panggung Seni UKM
Sempena: Ibu Zain Carnival (IZAC 2010)
 
Semua warga UKM dijemput untuk hadir dan pandu uji NISSAN GRAND LIVINA di tapak Karnival tersebut. Sebarang pertanyaan sila layari www.mylivinaclub.com atau poster  atau bisha (019-2700026), Yusaini (0122074600) dan BERNADETTE   (0193421231).

(ewarga/bul/bil.05032010-28)


Bengkel Perfileman Melayu [atas]

Tarikh: 9 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Pengajian Melayu.

Anjuran: Pelajar SKMK 2093, FSSK- Kursus Filem Melayu

Fasilitator Jemputan:
1. Khalid Salleh
2. A. Wahab Hamzah
3. Daeng Iskandar Said

Peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM30.00.

Keterangan lanjut hubungi Mohamad Nazri Ahmad 0133357357 atau Norila Laulu 0168150429.

(ewarga/bul/bil.05032010-27)


Iklan Jawatan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.05032010-26)


Tahniah-Pasukan Pemantun UKM Johan Tiga Tahun Berturut-turut Pesta Pantun Bestari Peringkat IPTA/IPTS” [atas]

Dimaklumkan, Pasukan Pemantun UKM berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan memenangi Johan “Pesta Pantun Bestari 2010” pada 26 - 28 Februari 2010anjuran  Universiti Malaya. Ini merupakan kejayaan kali ketiga bagi pasukan Pemantun UKM iaitu tiga tahun berturut-turut muncul sebagai Johan dalam Pesta Pantun Bestari peringkat IPT  bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

Para Pelajar yang terlibat senagai pemantun UKM adalah Nor Adlyizan bin Theis (Fakulti Ekonomi Pengurusan, Sarjana tahun 1), Ahmad Firdaus bin Mat Isa (Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina, tahun 4),  Siti Khadijah binti Bahaudin (Fakulti Undang-undang, tahun 4) dan Shukri bin Mohd Ali  (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, tahun 1).

Pihak Pusat Kebudayaan, JPPel mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen Jurulatih pasukan iaitu Encik Che Abdullah Che Ya (pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK) dan  semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini.

(ewarga/bul/bil.05032010-25)


Program “3R For Better Environment Exhibition” [atas]

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)UKM, Kumpulan Pengurusan Ekosistem Lestari UKM dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM akan menganjurkan program "3R for Better Environment Exhibition" seperti berikut:

Tarikh: 10-12 Mac 2010
Masa: 9.00 pagi - 5.00 Petang
Tempat: Aras 4, Bangunan Pusanika UKM

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pameran kartun oleh High Moon (Japanese Manga), forum, permainan dan kuiz. klik disini untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi 03-89214158/4144

Semua Dipersilakan Hadir, Masuk Percuma.

 

(ewarga/bul/bil.05032010-24)


Makluman "Course On Clinical Management Of Thalassaemia & 4th National Thalassaemia Seminar" [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Federation Malaysian Thalassaemia Societies, Malaysian Society of Paediatric Oncologists dan Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM akan menganjurkan program seperti berikut :

Course on Clinical Management of Thalassaemia
Tarikh: 6 - 7 Mei 2010
Yuran Penyertaan : RM350.00 (Doktor) RM300.00 (Jururawat/Paramedik)
Tempat : Hotel Legend, Kuala Lumpur

4th National Thalassaemia Seminar
Tarikh: 8 - 9 Mei 2010
Yuran Penyertaan : RM350.00 (Doktor) RM300.00 (Jururawat/Paramedik) RM100.00 (Ibubapa/Pesakit)
Tempat : Hotel Legend, Kuala Lumpur

Keterangan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-91718459/03-91718461/03-91456321 (Cik Izza/Puan Hanum) atau sila layari http://www.umbi.ukm.my. Sila klik untuk maklumat lanjut dan muat turun borang pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.05032010-23)


Gangguan Capaian Pusat Teknologi Maklumat (PTM) [atas]


Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) tidak boleh dicapai pada 7 Mac 2010 (Ahad) mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam kerana kerja-kerja penyelenggaraan JPP bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

(ewarga/bul/bil.05032010-22)


Berita Takziah [atas]


Allahyarhamah Nor Aishani Bt. Mohd. Khir

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Aishani Bt. Mohd. Khir, Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 di Bahagian Kewangan Penyelidikan, Jabatan Bendahari iaitu isteri kepada Encik A. Rahim Bin Chukok, Penyelia Asrama N22, Kolej Keris Mas  telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mac 2010 jam 6.00 petang di kediaman No.17, Jalan 4/5M, 43650 Bandar Baru Bangi. Jenazah dikebumikan pada 4 Mac 2010, jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Sg. Tangkas.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

(ewarga/bul/bil.04032010-21)


Majlis Dialog Zaba - Perpaduan Melayu : Cabaran dan Realiti [atas]

Dimaklumkan bahawa Kolej Pendeta Zaba UKM akan mengadakan Majlis Dialog Zaba seperti berikut:

Tarikh: 4 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat:  Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

Tajuk: Perpaduan Melayu : Cabaran dan Realiti

Moderator: Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengajian Islam

Ahli Panel:

  • YBhg. Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
    Pensyarah Undang-Undang UiTM
  • Y.B. Dato Ibrahim Ali
    Ahli Parlimen Pasir Mas
  • S.S. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Harussani bin Hj  Zakaria
    Mufti Kerajaan Negeri Perak

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.04032010-20)


Majllis Pelancaran Tahun Ke-2  Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 2010   [atas]

Dimaklumkan bahawa Majllis Pelancaran Tahun Ke-2  Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Kolej Tunku Kurshiah, Seremban

Perasmi: Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

(ewarga/bul/bil.04032010-19)


Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak  Taska Permata PPUKM  pada Jam 6.00 Petang  Hingga 10.00 malam [atas]

Dimaklumkan bahawa Taska Permata Pusat Perubatan UKM akan memberikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada jam 6.00 petang  hingga 10.00 malam dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM 15.00/ malam.  

Tujuan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ini disediakan adalah untuk membantu warga kerja PPUKM yang memerlukan perkhidmatan penjagaan ini terutamanya mereka yang bertugas pada shif petang.

Sehubungan dengan itu, sebelum perkhidmatan ini dilaksanakan, pihak Taska Permata ingin mendapat maklumbalas daripada warga kerja PPUKM yang berminat menghantar anak-anak ke Taska Permata pada waktu tersebut. Sekiranya ada sambutan baik di kalangan warga kerja PPUKM, perkhidmatan ini akan dilaksanakan mulai Mac 2010. 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Penyelia Taska Permata (03-91455113) atau Setiausaha Taska Permata PPUKM (03-91455775) atau e-mail haslina@ppukm.ukm.my

Sila klik untuk mendapatkan Borang Kemasukan Anak Shif Petang.


(ewarga/bul/bil.04032010-18)


Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak  Taska Permata PPUKM  pada Jam 6.00 Petang  Hingga 10.00 malam [atas]

Dimaklumkan bahawa Taska Permata Pusat Perubatan UKM akan memberikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada jam 6.00 petang  hingga 10.00 malam dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM 15.00/ malam.  

Tujuan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ini disediakan adalah untuk membantu warga kerja PPUKM yang memerlukan perkhidmatan penjagaan ini terutamanya mereka yang bertugas pada shif petang.

Sehubungan dengan itu, sebelum perkhidmatan ini dilaksanakan, pihak Taska Permata ingin mendapat maklumbalas daripada warga kerja PPUKM yang berminat menghantar anak-anak ke Taska Permata pada waktu tersebut. Sekiranya ada sambutan baik di kalangan warga kerja PPUKM, perkhidmatan ini akan dilaksanakan mulai Mac 2010. 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Penyelia Taska Permata (03-91455113) atau Setiausaha Taska Permata PPUKM (03-91455775) atau e-mail haslina@ppukm.ukm.my

Sila klik untuk mendapatkan Borang Kemasukan Anak Shif Petang.


(ewarga/bul/bil.04032010-18)


Tahniah kepada Fakulti Farmasi kerana Lawatan Audit Pra-Kualifikasi Fasiliti Bilik Bersih [atas]

Tahniah kepada Fakulti Farmasi kerana Lawatan Audit Pra-Kualifikasi Fasiliti Bilik Bersih, Fakulti Farmasi oleh Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjalan dengan lancar pada 2 Mac 2010 (Selasa) dan maklumbalas yang diberikan semasamesyuarat penutup adalah positif.


(ewarga/bul/bil.04032010-17)


Pesta Pantun UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan  Kolej Aminudin Baki UKM mempelawa semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk hadir ke Pesta Pantun UKM 2010 yang akan diadakan seperti berikut:
           
Peringkat Kumpulan dan Separuh Akhir;
Tarikh: 12 Mac hingga 15 Mac 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa: Bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat: Panggung Seni DECTAR, UKM

Peringkat Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh: 15 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni DECTAR, UKM

Kehadiran warga UKM amat dialu-alukan. Masuk Percuma!

 

(ewarga/bul/bil.04032010-16)


Keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental IPTA (FRGS) Fasa 1/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa KPTM telah mengemukakan kepada Universiti senarai kelulusan projek FRGS bagi Fasa 1/2010 yang kelulusannya diterima pada 1 Mac 2010. Sebanyak 140 projek penyelidikan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM6,988,490.00. Pecahan projek mengikut bidang, penyelidik, tajuk penyelidikan dan peruntukan adalah seperti di Lampiran A.

Surat tawaran kelulusan projek dan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan FRGS yang mengandungi perincian maklumat projek penyelidikan akan dihantar oleh CRIM dalam sedikit masa lagi kepada penyelidik yang terlibat.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, pemakluman rasmi akan dibuat secara e-mel kepada penyelidik berkaitan.
Untuk tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai di CRIM di talian 03-8921 5102 / 5631.

Sila klik – Lampiran A

(ewarga/bul/bil.04032010-15)


Jemputan Menghadiri Wacana IKRAB Bil. 11 [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) akan menganjurkan Wacana IKRAB Bil. 11 seperti butiran berikut:

Tajuk: The Future of the Arab League

Tarikh: 9 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, Tingkat 5, Bangunan Canselori, UKM
Penceramah:Prof. Madya Dr. Mahdi S. Hamoudi
-Former Head of Political Systems and Third World Studies Department, Faculty of Political Science, University of Baghdad.
-Former ambassador of Iraq to Vietnam, Belgium, European Communities and Bulgaria.

Penyertaan adalah terbuka dan percuma. Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.03032010-14)


Kursus Anjuran Pusat Pembangunan Akademik [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan kursus seperti berikut:

Kursus: Strategi Mentoran Berkesan
Tarikh: 10 Mac 2010
Tempat:  Puri Pujangga, UKM

Kursus: Kajian Tindakan
Tarikh: 17 – 18  Mac 2010
Tempat:  Dewan Persidangan CRIM

Kursus: Rasch Model Winstep
Tarikh: 30  Mac – 1 April  2010
Tempat:  Puri Pujangga, UKM

Kursus: Pengajaran & Pembelajaran di IPT
Tarikh: 5 - 13 April  2010
Tempat:  Puri Pujangga, UKM

Kursus  terbuka kepada semua Kakitangan Akademik (Pensyarah dan Guru Bahasa), UKM. Kepada yang berminat untuk menyertai kursus ini, sila memohon melalui eSpeL http://www.ukm.my/espel  untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-89215233 /rohaizah@ukm.my/ juriahms@ukm.my.

(ewarga/bul/bil.02032010-13)


Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008 Jabatan Bendahari [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari akan menghadapi Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International pada 8–9 Mac 2010. Urusan harian Jabatan pada tarikh berkenaan adalah seperti biasa.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan Audit ini amat dialukan.

(ewarga/bul/bil.02032010-12)


Audit Pembangunan Kepimpinan UKM bagi Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bakat UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa " Audit Pembangunan Kepimpinan UKM bagi Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bakat UKM akan dijalankan antara bulan Mac 2010 hingga Mei 2010 yang akan melibatkan semua pengurusan tertinggi UKM."

(ewarga/bul/bil.02032010-11)


Pertukaran Tempat Syarahan Umum Dato' Dr. Sheikh Muszaphar [atas]

Dimaklumkan bahawa tempat bagi Syarahan Umum Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar yang bertajuk “Malaysian In Space: Dreams Are Possible” pada 3 Mac 2010 (Rabu), pukul 2.30 petang akan ditukarkan dari DK 43.102 KB ke DK 43.101 KB.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.02032010-10)


Bengkel Penulisan Kreatif VIII PPBKKM, FSSK [atas]

Dimaklumkan bahawa siri bengkel penulisan kreatif VIII anjuran PPBKKM, FSSK akan diadakan pada 3 Mac 2010 (Rabu) jam 10.00 - 12.00 tengah hari di Pusat Sumber PPBKKM. Pengarang bulan ini ialah Novelis Salina Ibrahim.

Semua dipersilakan hadir.

(ewarga/bul/bil.02032010-09)


Siaran Langsung Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff di Astro Awani malam ini [atas]

Warga UKM dijemput menyaksikan siaran secara langsung Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pensyarah Kanan Program Sejarah FSSK / Felo Kanan IKRAB di Astro Awani(501) jam 9.30 malam ini (2 Mac 2010-Selasa).

Topik perbincangan yang akan dikupas adalah berkenaan PERTEMBUNGAN ANTARA TENTERA – POLITIKUS DI TURKI  . Selamat menonton.

(ewarga/bul/bil.02032010-08)


Pameran Penyakit Hepatitis [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan  Pameran 'Penyakit Hepatitis' seperti berikut:

Tarikh: 1- 31 Mac 2010
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.02032010-07)


Makluman "IEEE Photonics Society (PS) Distinguished Lecture Program (DLP) /melalui
rangkaian MyREN" [atas]

Dimaklumkan bahawa syarahan di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 10.00 – 11.00 pagi
Tempat: BW-G-R28, COIT, UNITEN
Pembentang: Prof. John Dudley, University of Franche-Comte in Besancon, France

Warga UKM boleh mengikuti syarahan ini melalui video streaming dalam rangkaian MyREN.
Sila klik panduan untuk mengikuti syarahan ini melalui rangkaian MyREN.

(ewarga/bul/bil.02032010-06)


Pembentangan Proposal Ph.D. Siri Kedua oleh pelajar-pelajar IKRAB [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) akan menganjurkan Pembentangan Proposal Ph.D. Siri Kedua oleh pelajar-pelajar IKRAB seperti berikut:

Tajuk :   The Forms Systems in Mesopotamian Plastic Arts the Era Before Writing a Semiotic Study,
Pembentang: Juhaena Hamid Hasani

Tajuk: Violation of the principle of Non-intervention in international political relations U.S intervention in Iraq,
Pembentang: Ali Abdulkarem Alasheg        

Tarikh: 5 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti, Fakulti Pengajian Islam UKM 

Pengerusi: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, IKRAB

Semua dialu-alukan hadir.

(ewarga/bul/bil.02032010-05)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online.  Klik di sini untuk mengisi borang.  Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.02032010-04)


Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 Mac 2010 (Jumaat)
Waktu: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori, UKM

(ewarga/bul/bil.02032010-03)


Penutupan Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 6 dan 7 Mac 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada:

6 Mac 2010 (Sabtu)   -   Sabtu Pertama
7 Mac 2010 (Ahad)    -   Penyelenggaraan elektrik seluruh kampus UKM Bangi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-89213865 (Rohaya Umar) atau 03-89215817 (Pejabat Am Bahagian Perkhidmatan Pelanggan).


(ewarga/bul/bil.02032010-02)


Tahniah Naib Canselor UKM terima “Soka University Award of Highest Honor” [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut dan berita bergambar. Syabas !

(ewarga/bul/bil.01032010-01)


Penutupan Sementara Bekalan Elektrik di Kampus Kuala Lumpur, UKM[atas]

Dimaklumkan bahawa Kontraktor Keltrik Engineering Sdn. bhd. akan menutup sementara bekalan elektrik secara berperingkat-peringkat di seluruh kampus (Tapak MA dan MB) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrik di Bilik HT 7LV serta keseluruhan peralatan suis pada tarikh-tarikh  berikut:

Tarikh: 26 Februari 2010 (Jumaat)      
Masa Mula: 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)        
Masa Mula: 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Tarikh: 28 Februari 2010 (Ahad)
Masa Mula: 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Segala permasalahan ataupun keterangan lanjut sila hubungi Encik Mohd Sharani Shahbudin di talian 7399.

(ewarga/bul/bil.25022010-115)


Lawatan Audit Pra-Kualifikasi Fasiliti Bilik Bersih, Fakulti Farmasi oleh Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan Lawatan Audit Pra-Kualifikasi Fasiliti Bilik Bersih, Fakulti Farmasi pada 2 Mac 2010 (Selasa).

Semua kakitangan Fakulti Farmasi diminta memberi kerjasama semasa audit dijalankan. Sila klik untuk lihat aturcara lawatan audit.

(ewarga/bul/bil.25022010-114)


Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 Pusat Perubatan UKM (PPUKM)[atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Perubatan UKM akan menjalankan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 PPUKM bermula pada 2 Mac 2010 hingga 16 Mac 2010.

Sehubungan itu, semua warga PPUKM dimohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan audit dalaman tersebut. Sila klik untuk melihat Jadual Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 PPUKM.

(ewarga/bul/bil.25022010-113)


Makluman "The 2010 Philip C. Jessup International Law Moot Court - National Rounds, UKM " [atas]

Dimaklumkan bahawa acara tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26 - 28 Februari 2010
Tempat: FSSK, UKM, Bangi
Penganjur: Fakulti Undang-Undang, UKM


(ewarga/bul/bil.25022010-112)


Gangguan Bekalan Elektrik di Seluruh Kampus UKM Bangi [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak TNB akan manjalankan senggaraan pada alatsuis di Stesen Suis Utama yang mana melibatkan seluruh Kampus UKM, Bangi. Sehubungan itu gangguan elektrik di seluruh Kampus UKM akan berlaku pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Segala kesulitan bersabit dengan gangguan bekalan ini kami memohon berbanyak-banyak kemaafan.

Jabatan Pengurusan Pembangunan, UKM


(ewarga/bul/bil.24022010-111)


Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-15 IKMAS [atas]

Dimaklumkan bahawa IKMAS akan menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-15 IKMAS pada 26 mac 2010 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik senat, UKM. Majlis akan dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah syed Hasan Shahabudin.

Sila klik untuk lihat atur cara.


(ewarga/bul/bil.24022010-110)


Kempen Penyusuan Susu Ibu [atas]

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.24022010-109)


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UKM Dengan Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UKM Dengan Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Canselori Aras 6, UKM Bangi


(ewarga/bul/bil.24022010-108)


Wacana Ilmiah Fakulti Undang-undang [atas]

Dimaklumkan bahawa Wacana Ilmiah Fakulti Undang-undang, UKM akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Conflict and Cooperation in South China Seas
Penceramah: Prof.Dr. Vivian L. Forbes, School of Earth and Environment, University of Western Australia

Tarikh: 25 Februari 2010 (Khamis)
Waktu: 9.00 - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Senat, Paras 5, Bangunan Canselori, UKM



(ewarga/bul/bil.24022010-107)


Pengumuman Pusat Teknologi Maklumat (PTM) [atas]

Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan ICT, UKM dan Rangkaian JARING tidak boleh digunakan pada 28 Februari 2010 (Ahad), mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.  Ini  adalah disebabkan pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja elektrik di Bilik Suis Utama, Pusat Teknologi Maklumat, UKM, Bangi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


(ewarga/bul/bil.24022010-106)


Perkhidmatan Bas UKM menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) [atas]

Perkhidmatan Bas UKM akan disediakan bagi pegawai yang akan menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 9 Mac 2010 (Selasa) bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 

Masa bertolak 8.30 pagi dan tempat menunggu di Perhentian Bas Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.


(ewarga/bul/bil.24022010-105)


Makluman Gangguan Internet MYREN [atas]

Makluman kepada pengguna rangkaian UKM, perkhidmatan Internet MYREN sedang  mengalami gangguan disebabkan oleh masalah teknikal dari pihak  TELEKOM.
Masalah capaian ini dikenalpasti pada hari ini, dan dan sedang diambil tindakan oleh pihak TELEKOM.

Masalah ini melibatkan gangguan capaian ke kebanyakan IPTA. Sebarang perubahan atau makluman akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

(ewarga/bul/bil.23022010-104)


Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajian Prasiswazah Dan Siswazah (PPPS) BIL. 1/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh:  24 Februari 2010 (Rabu)
Masa:  9.00 pagi
Tempat: Kelab Golf DANAU, UKM

Sehubungan itu, semua ahli yang terlibat dijemput hadir dan kerjasama semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.23022010-103)


Makluman "Call For Papers: Regional Conference On ‘Current Developments In Speech, Language And Hearing Sciences In The Asia Pacific Region" [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM dengan kerjasama Speech and Language Division, Faculty of Health & Life Sciences, De Monfort University, UK dan British Council akan mengadakan persidangan tersebut pada 3 – 4 Mei 2010, Kuala Lumpur.

Orang ramai terutama warga UKM dialu-alukan menghantar abstrak dan menyertai konferens tersebut. Maklumat berkenaan konferens boleh didapati dengan melayari laman web http://apslhconf2010.webs.com atau menghubungi Puan Yazmin Ahmad Rusli di alamat yaz.rusli@yahoo.com atau 03-92895010.

(ewarga/bul/bil.23022010-102)


Simposium Kebangsaan Warisan Dan Pemuliharaan [atas]

Dimaklumkan bahawa Simposium Warisan dan Pemuliharaan akan dianjurkan oleh Projek Arus Perdana "Geopark sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah", Kelompok Warisan dan Pemuliharaan, Nic Pembagunan Lestari Wilayah UKM seperti berikut:

Tarikh: 26-28 Februari 2010
Tempat: Awana Porto Malai, Langkawi

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi 03-89214158 (Jumriah) & 03-89214149 (Azween).

(ewarga/bul/bil.23022010-101)


Bengkel Fotografi “Kepuasan Dalam Fotografi” [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut dan muat turun borang pendaftaran.

(ewarga/bul/bil.23022010-100)


Jadual Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia), Botol Kosong & Peralatan Kaca Tahun 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) telah merancang JADUAL PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL (SISA KIMIA), BOTOL KOSONG & PERALATAN KACA TAHUN 2010.

Semua kakitangan yang terlibat diminta merujuk jadual tersebut bagi memudahkan urusan.

Sila klik untuk lihat lampiran.

Nota:
Mulai tahun 2010, semua makmal yang terlibat dengan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia), botol kosong dan peralatan kaca perlu mengemaskini inventori sisa pada setiap bulan.

(ewarga/bul/bil.23022010-99)


Makluman Talian PTM [atas]

Dimaklumkan bahawa sambungan talian 6168 di Bilik Mesyuarat Teratai adalah bukan no. talian Bahagian Aplikasi, Pusat Teknologi Maklumat. Sebarang hubungan talian kepada kakitangan Aplikasi sila rujuk Sistem eDirektori <http://www.ukm.my/edirektori>

(ewarga/bul/bil.23022010-98)


Pameran Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul UKM 1431H/2010M [atas]

Tarikh: 1 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Lobi Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Dijayakan oleh: Aman Palestin Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Telaga Biru Sdn. Bhd. (Storm Readers), Syarikat Takaful Malaysia Bhd., dan Jabatan Dakwah & Kutipan  Lembaga Zakat Selangor.

Maklumat lanjut, sila hubungi Shamsudin Ibrahim
Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan (Research Services Department) Perpustakaan Tun Seri Lanang (Library)

Tel  : 603-89213241 Faks : 603-89256067

Semua Dijemput Hadir.

(ewarga/bul/bil.23022010-97)


Penundaan Hari Kerjaya UKM 2010 [atas]

Dukacita dimaklumkan Hari Kerjaya UKM 2010 yang dijadualkan pada 23-25 Februari 2010 anjuran Urusetia Kerjaya telah DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penundaan ini adalah diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pihak urusetia memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

(ewarga/bul/bil.23022010-96)


Kursus Kenegaraan PTK1, Biro Tatanegara (Gred 1 – 41) [atas]

Berikut adalah Jadual BTN bagi PTK 1 sesi 1/2010 bagi kakitangan lantikan UKM:

Kumpulan Sasaran

Tempat

Tarikh

1 (Gred 27 – 41)

Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor

4 – 8  Mac 2010

2 (Gred 17-25)

Lake Garden Training Centre, Ayer Keroh, Melaka

11 - 15  Mac 2010

3 (Gred 1 – 15)

Kem Warisan Arca (KIWA), Sepang, Selangor

11 - 15  Mac 2010

Semakan calon yang ditawarkan, pengesahan kehadiran dan cetakan surat tawaran perlu dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) di www.ukm.my/espel . Maklumat Kursus BTN <klik>.

Calon yang tidak dipilih akan ditawarkan pada sesi Bulan April/ Julai 2010. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. A. Rahaman Hashim di 03-8921 3026 (Unit Latihan, BSM).

(ewarga/bul/bil.23022010-95)


Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 [atas]

Tarikh Ujian: 1 Mac – 31 Mei 2010

http://www.permatapintar.edu.my
Ujian saringan dalam talian peringkat pertama  untuk mengikuti program-program seperti berikut: 

  1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara  di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun);
  2. Program PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
  3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3  pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Anak-anak dan kaum kerabat Warga UKM berusia 7-15 tahun diharap mengambil ujian UKM1.
Sebarang pertanyaan email kepada permatapintar@ukm.my .  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web  http://www.permatapintar.edu.my.

Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia

(ewarga/bul/bil.23022010-94)


Syarahan Umum oleh Dato' Dr. Sheikh Muszaphar [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM akan menganjurkan Syarahan Umum seperti berikut:

Tajuk: Malaysian In Space: Dreams Are Possible
Penceramah: Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Felo Penyelidik Utama, ANGKASA)

Tarikh: 3 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: DK 43.102 KB, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.23022010-93)


Pencalonan Majlis Anugerah Sukan Ke 20 [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Sukan akan diadakan pada 6 April 2010 bertempat di DECTAR, UKM.

Pencalonan bagi anugerah-anugerah sukan telah dibuka kepada semua atlet UKM (pelajar dan kakitangan). Setiap pencalonan haruslah mendapat pengesahan Pengurus Pasukan, Jurulatih, Pusat Sukan UKM atau Penyelaras Permainan. Calon juga perlu mengepilkan 3 keping gambar dan salinan sijil penyertaan bagi setiap kejohanan yang disertai.

Tarikh mula pencalonan : 24 Februari 2010
Tarikh tutup pencalonan : 12 Mac 2010

Borang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Am, Pusat Sukan

(ewarga/bul/bil.23022010-92)


Pertukaran Tempat Berhimpun Perarakan Maulidul Rasul UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa berlaku pertukaran tempat berhimpun iaitu tempat asal di Dataran Panggung Seni ke Dataran  Masjid UKM. Sehubungan itu semua kontijen perarakan Maulidul Rasul UKM diminta terus berkumpul di Dataran Masjid UKM.

(ewarga/bul/bil.23022010-91)


Kursus Kepengadilan Bola Tampar [atas]

Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Kursus Kepengadilan Bola Tampar dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA). Jadual dan masa kursus seperti pada borang. Untuk makluman, tempat tinggal, makan minum, baju semasa kursus ada disediakan. Bagi sesi praktikal, peserta diminta membawa pakaian seperti baju, seluar dan kasut. Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Kepengadilan ini bolehlah hubungi Alia @ Asmahanim di talian 03-89214454.

(ewarga/bul/bil.23022010-90)


Pengemaskinian Rekod Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Gred 17 – 54  (Bukan Akademik) Siri 1/2009 [atas]

Dimaklumkan bahawa semua rekod bagi PTK-PKB Siri 1/2009 (Penilaian Januari – Disember 2009) akan ditutup pada 28 Februari 2010 (bagi calon tanpa tambahan masa).

Calon perlu memastikan:

  • Semua maklumat menghadiri latihan dan pengembangan ilmu telah direkod di dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) di www.ukm.my/espel
  • Maklumat inovasi yang direkod di Sistem e-Inovasi di www.ukm.my/einovasi telah disahkan oleh Ketua Jabatan secara manual dan telah sampai ke Unit Latihan BSM (Hubungi En A. Rahaman Hashim 03-8921 3026)
  • Maklumat tempoh penilaian adalah betul. Pembatalan tambahan masa (Hubungi En Omar Nordin 03-8921 4434)

(ewarga/bul/bil.23022010-89)


Sesi Perjumpaan Pengurusan Tertinggi Universiti Bersama Dengan Kakitangan Yang Baru Dilantik (Pengurusan & Profesional) [atas]

Dimaklumkan bahawa satu sesi perjumpaan bersama dengan Pengurusan Tertinggi Universiti dan taklimat berkaitan dengan Hala tuju, Misi dan Visi UKM kepada semua kakitangan Pengurusan & Profesional yang dilantik pada 1 /1/2009 – 17/2/2010 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 2 Mac 2009 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Semakan calon yang ditawarkan, pengesahan kehadiran dan cetakan surat tawaran perlu dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) di www.ukm.my/espel . Senarai Kakitangan yang terlibat <klik> dan atur cara <klik>

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Fauzi Parmin di 03-8921 3026 (Unit Latihan, BSM).

(ewarga/bul/bil.23022010-88)


Siaran Langsung Prof. Dr. Fredolin Tangang@ Tajudin Mahmud di MHI TV3 [atas]


Warga UKM dijemput menyaksikan siaran secara langsung Prof. Dr. Fredolin Tangang@ Tajudin Mahmud, FST dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 jam 7.30 pagi pada 23 Februari 2010 (Selasa).

Topik perbincangan yang akan dikupas adalah berkenaan Fenomen Perubahan Iklim Semasa yang ada kaitannya dengan Fenomena El-Nino Modoki. Selamat menonton.

(ewarga/bul/bil.22022010-87)


Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat anjuran FTSM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.22022010-86)


Syarahan Umum oleh Profesor Chang-Chuan Chan [atas]

Penceramah:  Profesor Chang-Chuan Chan, National Taiwan University

Tajuk : “Effects of inhaled particulate matters on cardiovascular toxicity in humans”

Tarikh:  24 Februari 2010(Rabu)
Masa:  8.30 - 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama(Blok A),Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,UKM

Anjuran Bersama:
Program Kesihatan Persekitaran,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Kumpulan Penyelidik Perubahan Iklim Dan Pembangunan Lestari Wilayah, UKM

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.22022010-85)


Siri Seminar Professor Pelawat Sel Fuel UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak kumpulan Hidrogen Suria,Institut Sel Fuel,UKM akan menganjurkan siri seminar Professor pelawat: Prof. Mike Ward, dari University of Sheffield,UK seperti berikut:

Tarikh: 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Tajuk  seminar:

1. [Ru(bipy)(CN)4]2–and its derivatives as components of photoactive supramolecular assemblies.                  

2. The longer the better:nearinfrared electrochromic materials based on Mo and Ru complexes.

Maklumat lanjut sila hubungi :03-8921 7080/3980 (Faizal/PM. Dr. Mohammed Kassim)

Kehadiran terbuka kepada semua.. ,Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.22022010-84)


Tahniah Fakulti Undang-undang [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-undang UKM sebagai tuan rumah Pertandingan Tan Sri Harun M. Hashim Client Counseling 2010 Peringkat Kebangsaan telah berjaya mempertahankan kejuaraan selama 6 tahun berturut-turut dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan pada 18-19 Februari 2010.

Pasukan fakulti diwakili oleh pelajar-pelajar Tahun 2 iaitu Noor Ain Mohamad Yamin dan Athirah Mohd. Anuar di bawah bimbingan Puan Hanim Kamaruddin. Pasukan ini akan mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa yang akan diadakan di University of Hong Kong.

Tahniah dan syabas diucapkan.

(ewarga/bul/bil.22022010-83)


Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6 [atas]

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 yang telah berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia pada 18-20 Februari 2010  dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.  Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM


Naib Johan Kategori Teknikal  
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini.  Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding.  Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.

Kumpulan FARSIS dari Jabatan Farmasi PPUKM dan Kumpulan PROTAG dari Perpustakaan Tun Seri Lanang, terima kasih kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.

(ewarga/bul/bil.22022010-82)


Permohonan Hebahan Acara di Papan Digital (Digital Board) secara Atas Talian (Online) [atas]

Dimaklumkan bahawa semua permohonan hebahan acara di papan digital (digital board) universiti hendaklah dimohon melalui "Sistem ehebahan" secara atas talian (online) berkuatkuasa 24 Februari 2010 (Rabu). Sistem tersebut boleh dicapai dengan melayari URL http://ehebahan.ukm.my/ atau boleh juga dicapai pada menu "Tempahan" pada laman ewarga ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi En. Anthony Ulek Jeti (Samb 5333) atau Pn. Fairuz Bt. Abdul Latif (Samb 4142), Pusat Komunikasi Korporat, UKM.

(ewarga/bul/bil.19022010-81)


Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W UKM 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Panggung Seni ke DECTAR, UKM

Pakaian: Kebangsaan

Kehadiran diwajibkan.

(ewarga/bul/bil.19022010-80)


Perjumpaan Perarakan Maulidur Rasul Warga Pusat Perubatan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa semua peserta perarakan Maulidur Rasul Pusat Perubatan UKM diwajibkan hadir ke sesi perjumpaan seperti berikut:

Tarikh: 22 Febuari 2010(Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah II, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar UKM

Kehadiran diwajibkan.

(ewarga/bul/bil.19022010-79)


Jemputan ke " Colloquium on good agricultural practice (GAP) and fertigation Technology on Horticulture crops Production" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.19022010-78)


Festival Seni 1 Malaysia UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel mempelawa semua warga UKM untuk hadir ke Festival 1 Malaysia UKM 2010 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Bertempat: DECTAR, UKM

Saksikan persembahan menarik dari Artisbudaya Pusat Kebudayaan dan Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM seperti Muzik Gabungan Melayu, Cina dan India, Tarian, Nyanyian, Sketsa, Boria dan banyak lagi. 
 
Masuk Percuma! Kehadiran semua warga UKM amat dialu-alukan.

(ewarga/bul/bil.19022010-77)


Taklimat Program Sarjana dan PhD di Monash University, Australia [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM akan menerima kunjungan dari Monash University, Australia pada 22 Januari 2010 (Isnin). Sehubungan itu juga, satu taklimat mengenai Program Pascasiswazah akan disampaikan oleh wakil Monash University, Australia tersebut.

Warga UKM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran (Sarjana dan PhD) ke universiti tersebut dijemput hadir dalam majlis lawatan yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh:  22 Februari 2010 (Isnin)
Masa:   2.30 petang
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sukacita kiranya pihak Tuan/ Puan dapat memaklumkan kehadiran Tuan/ Puan kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa di sambungan 4357 / 5057 atau oir@ukm.my  selewat-lewatnya pada 22 Februari 2010 (Isnin) jam 10.00 pagi.

(ewarga/bul/bil.19022010-76)


Kursus Persediaan Sebelum Menduduki IELTS [atas]

Dimaklumkan Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan kursus persediaan bagi kakitangan yang akan menduduki IELTS sebagai persediaan sebelum menduduki ujian tersebut. Kakitangan yang akan bercuti belajar digalakkan menduduki kursus tersebut. Kakitangan yang berminat diperlukan untuk menduduki ‘Placement test’ yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Latihan 2, Aras 6, Bangunan Keris Mas UKM

Permohonan boleh dilakukan terus melalui Sistem Pengurusan Latihan (e-SPeL) atau hubungi 03-89214695 (Suhaida)/4434 (Omar).

(ewarga/bul/bil.19022010-75)


Majlis Wacana Pengkisahan UKM 40 Tahun (1970 - 2010): Mencerna Warisan Memacu Wawasan [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.19022010-74)


Pengisian Borang Kerangka Penilaian Penyelidikan (KPPU)Bagi Tujuan Penilaian Prestasi Penyelidikan Kumpulan Penyelidikan Berdaftar Tahun 2009 [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak Universiti melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) akan membuat Penilaian Penyelidikan terhadap prestasi pencapaian Kumpulan Penyelidikan Berdaftar yang telah diluluskan Dana Operasi Universiti Penyelidikan (OUP) pada tahun 2009. Tujuan penilaian ini dibuat adalah untuk mengukur dan memantau kualiti penyelidikan UKM. Penilaian akan dibuat secara menyeluruh terhadap operasi, kualiti dan impak penyelidikan yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan Berdaftar di UKM.

Penilaian prestasi ini akan dibuat melalui Borang Kerangka Penilaian Penyelidikan (KPPU) 2009. Justeru, pihak CRIM memohon supaya semua Kumpulan Penyelidikan berkenaan (179 Kumpulan Penyelidikan) dapat melengkapkan Borang KPPU 2009 dan mengembalikan ke CRIM selewat-lewatnya atau pada 15 Mac 2010 (Isnin), SEBANYAK 10 SALINAN.

Adalah dimaklumkan bahawa pengisian Borang KPPU ini DIWAJIBKAN kepada semua Kumpulan Penyelidikan Berdaftar yang telah mendapat Dana OUP pada tahun 2009.
Bagi tujuan mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi CRIM di talian 5102/5631/4679. Kerjasama semua pihak dalam perkara ini diucapkan berbanyak terima kasih.
Harap maklum.

KLIK - SENARAI KUMPULAN PENYELIDIKAN BERDAFTAR YANG DILULUSKAN DANA OUP 2009

KLIK - BORANG KPPU (Pindaan Kedua:Feb 2010)

(ewarga/bul/bil.19022010-73)


Pembukaan Permohonan Geran Galakan Penyelidik Muda (Dana Universiti Penyelidikan) Tahun 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Universiti telah membuka permohonan untuk GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA TAHUN 2010. Semua pemohon yang memenuhi kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dijemput dan dialu-alukan untuk membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang dilampirkan.

Semua permohonan perlu dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)  selewat-lewatnya  atau   pada  26 Mac 2010 (Jumaat). Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh pihak Universiti. Semua keputusan adalah muktamad.
Bagi tujuan keterangan lanjut sila hubungi CRIM di talian 5102/5631/3095. Kerjasama semua pihak dalam perkara ini diucapkan berbanyak terima kasih.

Sila klik – Jadual Kerja Permohonan
Sila klik – Borang Permohonan
Sila klik – Garis Panduan Geran Galakan Penyelidik Muda

(ewarga/bul/bil.19022010-72)


Skim Fellowship Penyelidik Muda (Dana Universiti Penyelidikan)Tahun 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa pada tahun 2010, melalui Dana Universiti Penyelidikan, Universiti telah mewujudkan Skim Fellowship Penyelidik Muda. Semua pemohon yang memenuhi kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dijemput dan dialu-alukan untuk membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang dilampirkan.

Permohonan boleh dibuat secara berterusan sepanjang tahun 2010. Semua permohonan perlu dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM). Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh pihak Universiti. keputusan Jawatankuasa Penilaian adalah muktamad.
Bagi tujuan keterangan lanjut sila hubungi CRIM di talian 5102/5631/3095. Kerjasama semua pihak dalam perkara ini diucapkan berbanyak terima kasih.

Sila klik – Borang Permohonan Skim Fellowship Penyelidik Muda
Sila klik – Garis Panduan Skim Fellowship Penyelidik Muda

(ewarga/bul/bil.19022010-71)


Pengesahan e-Repositori Penerbitan [atas]

Pengumuman kepada  semua  para akademik dan warga UKM.

Mohon kerjasama semua  para kakitangan akademik/kakitangan sokongan Fakulti/Institut/Pusat untuk menginput semua medan  pada rekod bahan penerbitan yang didaftarkan dengan lengkap untuk tujuan pengesahan PTSL.

Perkara yang diperlukan  sebagai  bukti bahan penerbitan samada salinan lembut atau keras:

  1. Artikel jurnal:  Muka hadapan  jurnal, Halaman kandungan, Halaman yang ada tertera no. ISSN dan artikel penuh(fulltext)
  2. Buku:  Muka  hadapan buku, Halaman kandungan, Halaman  yang ada tertera no. ISBN dan teks penuh (jika ada)
  3. Bab Dalam Buku:  Muka hadapan buku, Halaman kandungan, Halaman  yang ada tertera no. ISBN, Muka hadapan bab dan teks penuh bab dalam buku (jika ada) 
  4. Prosiding/Pasca Sidang :  Muka hadapan Prosiding/Seminar, Halaman  kandungan, Halaman yang ada tertera no. ISBN/ISSN dan teks penuh(fulltext) artikel prosiding.
  5. Kertas  Seminar /Persidangan: Muka hadapan  Kertas Seminar/Persidangan, Halaman Kandungan,  Atur cara Seminar/Persidangan( jika tiada pembuktian tahun) dan teks penuh (fulltext) artikel Seminar/Persidangan.

Mohon majukan pertanyaan kepada azmah@ukm.my atau farhana@ukm.my.

(ewarga/bul/bil.18022010-70)


Pertandingan Tan Sri Harun M. Hashim Client Counseling 2010 Peringkat Kebangsaan [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-undang, UKM akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Tan Sri Harun M. Hashim Client Counseling 2010 peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Februari 2010 bertempat di Fakulti Undang-undang,UKM. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah Fakulti Undang-undang dari Institut Pengajian Tinggi Awam.

(ewarga/bul/bil.18022010-69)


Berita Takziah[atas]

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Nik Rusdi Yaacob, Pensyarah di Unit Pengajian Asas Kejuruteraan (UPAK) Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2010 (Ahad) ,  jam 3.00 pagi di hospital Kota Bharu, Kelantan.   

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.


(ewarga/bul/bil.18022010-68)


Fakulti Pergigian mengharumkan nama UKM sekali lagi [atas]

Fakulti Pergigian UKM mara selangkah lagi dalam mencapai aspirasi Universiti untuk menjadi RU unggul, mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan serta mengembangmajukan budaya penyelidikan apabila berjaya memenangi anugerah 2 Travel Award dalam pertandingan di International Association Dental Research – Malaysian Section yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur pada 5-6 Februari 2010.

Dr. Shalini Kanagasingam, Pensyarah di Jabatan Pergigian Operatif, telah berjaya memenangi anugerah Senior Travel Award dengan judul penyelidikan “Three point bending test of roots filled with Resilon & gutta-percha before and after storage in saline.”

Saudara Tan Wee Seong, pelajar tahun akhir di Fakulti Pergigian dengan judul penyelidikan “Accuracy of different Implant Impression Techniques at Fixture level” turut memenangi Junior Travel Award bagi penyelidik muda.
Kedua-dua kumpulan Pemenang telah menerima Sijil dan Tajaan sebanyak USD 500 untuk menghadiri 20th SEAADE & 24th IADR South East Asia Annual Scientific Meeting di Taipei, Taiwan pada 18 - 21 September 2010.

Sementara itu, kumpulan pelajar Tahun 5, Saudari Cindy Chong Ei Yen  dan Saudari Nik Fatihah Nik Fauzi (Penyelia: Prof Madya Dr Tuti Ningseh Mohd Dom) dengan penyelidikan bertajuk Dental alumni’s perception on their undergraduate learning experiences: preliminary findingstelah juga menerima Sijil Khas “Merit Award” di atas daya usaha dan pencapaian mereka yang membanggakan.

Syabas dan Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua Pemenang dan para Penyelia serta warga Fakulti Pergigian. Semoga pencapaian begini akan berterusan dimasa-masa akan datang.


(ewarga/bul/bil.18022010-67)


Penubuhan Pusat Komunikasi Korporat [atas]

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah menubuhkan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) berkuat kuasa pada 11 Februari 2010 (Khamis). Penubuhan pusat tersebut adalah hasil penstrukturan semula Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat. Manakala Unit Kandungan Web Universiti (UnikWeb) akan ditempatkan di bawah pusat ini. Semua urusan surat menyuarat hendaklah dialamatkan kepada:

Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim
Pengarah

Pusat Komunikasi Korporat
Aras 2, Bangunan Canselori,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8921 5053
Faks: 03-8921 4097


(ewarga/bul/bil.17022010-66)


Siri Forum Hadhari “Undang-Undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita” [atas]

Tarikh: 18 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori UKM

Anjuran: Institut Islam Hadhari UKM
Dengan  Kerjasama: Majlis Perunding Wanita Islam Malaysi(Mpwim)
                  
Dipengerusikan:  Prof. Madya Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal (UKM)
                                      

Ahli Panel:  Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail (UIAM)
                 Prof. Madya Dr. Nasimah Hussin (UIAM)
                 Dr. Jasri Jamal (UKM)

Sebarang Pertanyaan dan Pengesahan Kehadiran, Sila Hubungi Urusetia Forum :
Cik Siti Maheran Binti Ismail di Talian 03 89217114 atau Puan Zaidatul Akmal Binti Dolmat di Talian 03 89216988.

Sila klik untuk lihat atur cara.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.17022010-65)


Iklan Tawaran Biasiswa Kecil SUKMANITA [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut dan muat turun borang permohonan.

(ewarga/bul/bil.17022010-64)


Bengkel Siswazah FSSK [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.17022010-63)


Laporan Pemantauan Geran Penyelidikan Fundamental IPTA (FRGS) Fasa (Projek Yang Masih Aktif) [atas]


Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan menjalankan proses pemantauan terhadap prestasi projek-projek penyelidikan fundamental yang dijalankan di bawah FRGS Fasa 1/2006 sehingga Fasa 1/2009.

Sehubungan dengan itu, semua penerima geran FRGS Fasa 1/2006 sehingga Fasa 1/2009 (yang masih aktif) diminta untuk mengisi Borang Laporan Prestasi projek penyelidikan fundamental Borang FRGS-P1(R).  Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke CRIM selewat-lewatnya pada 17 Februari 2010 (Rabu) sebanyak dua (2) salinan untuk tindakan selanjutnya. Untuk pertanyaan sila hubingi pegawai CRIM di talian 03-89215631.

Bersama-sama ini dilampirkan:
1. Borang Laporan Prestasi Projek Penyelidikan - Borang FRGS-P1(R)
2. Senarai projek FRGS yang masih aktif (Untuk rujukan tuan/puan)

(ewarga/bul/bil.17022010-62)


Makluman "Conference on Marine Ecosystem of Malaysia (COMEM2010)" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan Taman Laut Malaysia akan menganjurkan Conference on Marine Ecosystem of Malaysia (COMEM2010) seperti berikut:

Tarikh: 22 - 24 Jun 2010
Tempat: Impiana Resort Cherating, Kuantan, Pahang


Untuk keterangan lanjut:
sila klik di sini

atau layari laman web http://www.ekomar.ukm.my/comem2010.

 
(ewarga/bul/bil.17022010-61)


Syarahan Umum Akademik Kolej [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

 
(ewarga/bul/bil.17022010-60)


Majlis Pelancaran Buku “Geoforest Parks: Hanging Gardens of Langkawi” dan "MyKTOURS" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM menganjurkan Majlis Pelancaran Buku “Geoforest Parks: Hanging Gardens of Langkawi” dan "MyKTOURS". Antara jemputan tetamu khas yang akan hadir adalah YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia & YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis Pelancaran Buku “Geoforest Parks: Hanging Gardens of Langkawi” dan "MyKTOURS" disempurnakan oleh:  KDYMM Al-Sultan Almu’tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.


Majlis tersebut adalah seperti berikut:

 
Tarikh: 12 Februari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.45 pagi -11.30 tengah hari
Tempat: Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM
                                  
Pakaian:  Baju Kebangsaan (Baju Melayu - Lelaki)
 
(ewarga/bul/bil.12022010-59)


Berita Pelantikan UKM Bil.1/2010 [atas]

Tahniah diucapkan kepada penama-penama berikut atas pelantikan ke jawatan masing-masing.

Bil

Nama

Jawatan/Jabatan

Tarikh
Berkuatkuasa

  1.  

Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim

Pengarah
Pusat Komunikasi Korporat

11 Februari 2010 hingga
8 Jun 2011

2.

Prof. Dr. Siti Rugaya Tibek
(Pelantikan Semula)

Pengarah
Institut Kajian Rantau Asia Barat

3  Februari 2010 hingga
2 Februari 2012

3.

Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis
(Pelantikan Semula)

Pengarah
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik

1 Januari 2010 hingga
31 Disember 2011

4.

Prof. Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
(Pelantikan Semula)

Pengarah
Institut Sel Fuel

1 Januari 2010 hingga
31 Disember 2011

5.

Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak

Pengarah
Pusat PERMATApintar

1 Januari 2010 hingga
31 Disember 2012

6.

Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat Hussain

Dekan
Fakulti Kesihatan Bersekutu

29 Disember 2009 hingga
28 Disember 2012

7.

Prof. Dr. Aishah Bidin

Dekan
Fakulti Undang-undang

1 November 2009 hingga
31 Oktober 2012

8.

Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohammad

Dekan
Fakulti Pengajian Islam

18 September 2009 hingga
17 September 2012

Sila klik untuk maklumat berita pelantikan selanjutnya.

(ewarga/bul/bil.12022010-58)


Panggilan kertas kerja "The 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010)" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sains Matematik, FST, UKM dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan University of Alba Iulia, Romania akan menganjurkan "The 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010)" seperti berikut:

Tarikh: 30 November - 3 Disember 2010
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Tarikh Akhir Abstrak : 31 Mei 2010
Tarikh Akhir Kertas Kerja Penuh: 15 Sept 2010

Sila layari laman http://pkukmweb.ukm.my/~ppsmfst/icms2/ atau mel-e icms2010@gmail.com untuk keterangan lanjut.

(ewarga/bul/bil.12022010-57)


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009- Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat [atas]

Dimaklumkan bahawa tawaran Opsyen Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat  boleh dicapai melalui laman web smk peribadi di url. www.ukm.my/smk mulai 18 Februari 2010.

Tempoh Opsyen Online : 18 Februari - 3 Mac 2010

Borang opsyen yang telah dicetak dan ditandatangan hendaklah dihantar ke  Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (up:  En.Ahsan Ahmad) selewat-lewatnya pada 17 Mac 2010.  Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 03-8921 4453.


(ewarga/bul/bil.12022010-56)


Siri Seminar IKON "Networks of Power and Influence in Singapore" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON) akan mengadakan siri seminar IKON yang bertajuk "Networks of Power and Influence in Singapore" yang akan diadakan seperti berikut:

Penceramah : Dr. Michael Barr, School of International Studies, Flinders University, Australia

Tarikh: 17 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat FSSK

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.12022010-55)


Majlis Menandatangani MoU antara UKM dan Soka University [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Menandatangani MoU antara UKM dan Soka University akan diadakan pada 24 Februari 2010 (Rabu). Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12022010-54)


Bengkel Serantau "Public Understanding of and Perception on Terrorism" [atas]

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Penyelidikan SK/32/2008/GLAK Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi dengan pembiayaan  Japan-ASEAN Consolidation Fund (JAIF) akan menganjurkan Bengkel Serantau bertajuk Public Understanding of and Perception on Terrorism pada 22 dan 23 Februari 2010 di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan menghimpunkan pakar keganasan politik dan terorisme serantau serta antarabangsa bagi membincangkan perkara tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi sekretariat bengkel di 2010.terrorism.workshop@gmail.com.


(ewarga/bul/bil.12022010-53)


Makluman "New Zealand Education Fair March 2010" [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12022010-52)


Jemputan Ke Syarahan Anugerah Merdeka oleh Prof. Dr. Halimaton Hamdan [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.12022010-51)


Penutupan Jalan di Bulatan Ilmu pada 12 Feb 2010 (Jumaat) [atas]


Dimaklumkan bahawa beberapa jalan di Bulatan Ilmu, UKM akan ditutup dan dilencongkan pada Jumaat (12 Feb 2010) sempena kunjungan DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah ke Majlis Pelancaran Buku "Geoforest Parks: Hanging Gardens of Langkawi".


(ewarga/bul/bil.11022010-50)


Keputusan Malaysia Technology Expo (MTE 2010) 04-06 Feb 2010, PWTC [atas]


UKM telah menyertai pameran MTE ’10 pada 04-06 Feb 2010 yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pameran ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientists (MARS). Dalam pertandingan ini, UKM telah menghantar sebanyak 28 produk penyelidikan dan telah memenangi 4 Emas, 11 Perak dan 12 Gangsa.

Seorang penyelidik UKM juga telah mendapat “The Best Award” dalam pameran penyelidikan ini. UKM juga telah memenangi ‘Most Visitor-Friendly Booth Award’. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan semua yang telah menjayakan pameran ini.

Keputusan Pertandingan: Sila Klik


(ewarga/bul/bil.10022010-49)


Pelantikan Sebagai Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan [atas]


Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan telah bersetuju melantik En. Abdul Halim bin Abdul Rahman sebagai Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2010. Sila lihat surat.

(ewarga/bul/bil.10022010-48)


Kursus Pra-Perkahwinan Islam I sesi 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Islam mempelawa seluruh warga UKM yang berminat  menyertai Kursus Pra-Perkahwinan Islam I sesi 2010 pada 13-14 Mac 2010 di DKTAMS UKM. Dapatkan borang pendaftaran di Pejabat Pusat Islam,  Masjid UKM. Pembayaran yuran kursus adalah:
 
Pelajar- RM30.00
Kakitangan - RM50.00

Tempat adalah terhad kepada 400 orang sahaja.

(ewarga/bul/bil.10022010-47)


Senarai Peserta Bengkel Tatacara Pembentangan Kertas Kerja II 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bengkel Tatacara Pembentangan Kertas Kerja II 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 17 – 18 Februari 2010
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Stargate, Jabatan Surgeri, Tingkat 8, Blok Klinikal, PPUKM

Penyertaan TELAH DITUTUP. Sila semak lampiran untuk senarai  peserta.

(ewarga/bul/bil.10022010-46)


Bengkel Penyediaan Soalan [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan BENGKEL PENYEDIAAN SOALAN pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 2 - 3 Mac 2010
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Persidangan PPPI

Penceramah: Dr. Jamil Ahmad, Fakulti Pendidikan, UKM

Bengkel  terbuka kepada semua Kakitangan Akademik (Pensyarah dan Guru Bahasa), UKM. Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila memohon melalui eSpeL http://www.ukm.my/espel  untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-89215233/rohaizah@ukm.my. Tarikh tutup pemohonan adalah 23 Februari 2010.

(ewarga/bul/bil.10022010-45)


Diari Aktiviti Sambutan 40 tahun UKM [atas]

Sempena sambutan 40 tahun UKM (1970-2010),  beberapa aktiviti induk dan aktiviti utama bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2010.  Sama-samalah kita meraikannya. Sila klik melihat aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

(ewarga/bul/bil.10022010-44)


Perlanjutan Tarikh Permohonan Geran Sciencefund MOA [atas]


Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah melanjutkan tarikh akhir permohonan geran ScienceFund dan TechnoFund di peringkat MOA/sekreteriat kepada 30 Jun 2010.

Perlanjutan tarikh akhir ini adalah berdasarkan maklumbalas daripada Y.Bhg Datuk/Tuan/Puan, yang memerlukan lebih masa untuk penyediaan serta semakan permohonan. Segala permohonan perlu dilaksanakan secara atas talian (online) melalui http://agridana.mardi.gov.my/scifund.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat MOA bertarikh 26 Januari 2010.
Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai CRIM di 89214679/3096

Sila klik di sini, Surat MOA kepada CRIM bertarikh 26 Januari 2010.

(ewarga/bul/bil.10022010-43)


Majlis Pelancaran Tahun Kreativiti & Inovasi Peringkat UKM 2010 [atas]


Dimaklumkan bahawa UKM akan mengadakan Majlis Pelancaran Tahun  Kreativiti & Inovasi Peringkat UKM 2010  seperti berikut:

Tarikh: 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat:  Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Perasmi: YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.10022010-42)


Pertandingan Poster Penyelidikan & Pameran [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10022010-41)


Tahniah-Pertandingan Multiprog'10 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10022010-40)


Penutupan Sementara Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial, Pusat Perubatan UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial akan ditutup sementara bermula 22 Februari 2010 hingga 23 Mac 2010 bagi kerja-kerja menaik taraf dan penukar gantian kerusi pergigian.

Sehubungan dengan ini, Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial akan beroperasi sementara di Klinik Pergigian Warga bagi kes-kes yang memerlukan rawatan cemas, segera dan rujukan pesakit dalaman sahaja, manakala kes-kes temujanji pesakit luar akan dimulakan sebaik sahaja menaik taraf selesai.


(ewarga/bul/bil.10022010-39)


Pemakluman Pembekalan ‘White Coat’ Untuk Pegawai Dan Pakar Perubatan [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak Radicare(M) Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk membekalkan dan mencuci semua pakaian ‘White Coat’ Pegawai dan Pakar Perubatan di Pusat Perubatan UKM.

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan pembekalan ini dilakukan kepada semua Pegawai dan Pakar Perubatan yang bertugas di Pusat Perubatan UKM, mereka dikehendaki untuk mencuba sampel/ contoh ‘White Coat’ bagi mendapatkan ukuran saiz sebenar untuk tujuan penempahan ‘White Coat’. Oleh itu, untuk tujuan ini semua Pegawai dan Pakar Perubatan diminta menghadirkan diri di Sukmaria, Pusat Perubatan UKM mulai jam 9.00 pagi - 4.30 petang bertarikh 9 hingga 10 Februari 2010.

Lihat Pekeliling

(ewarga/bul/bil.10022010-38)


Buletin Farmasi Febuari 2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10022010-37)


Perkhidmatan Bas Untuk Kursus Anjuran Unit Latihan Di Kolej Keris Mas, UKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10022010-36)


Jualan Lelong Tracksuit UKM [atas]

Tarikh: 11 dan 12 Februari 2010
Tempat: Dataran Canselori, UKM Bangi
Harga : RM 30-40 Sepasang ( Mengikut Jenis dan selagi stok masih ada )

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Redzuan Nayan di talian 03- 89215681.

Terbuka kepada semua warga UKM.

(ewarga/bul/bil.10022010-35)


Persidangan Kebangsaan ke-3 PPSPP [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran FSSK akan mengadakan  "Persidangan Kebangsaan Ke-3"  pada 20-21 Julai 2010 bertempat di Hotel Qquatorial Bangi.  Penyertaan para peserta masih terbuka dan dialu-alukan sama ada sebagai pembentangan kertas kerja ataupun peserta persidangan.  Untuk makluman lanjut sila layari www.seminarppspp3.blogspot.com


(ewarga/bul/bil.10022010-34)


Sistem Permohonan E-mel Kakitangan (SPeK) [atas]

Pengumuman kepada warga UKM di kampus Bangi Sahaja.

Pusat Teknologi Maklumat (PTM Bangi) telah menaiktaraf cara permohonan e-mel kakitangan UKM daripada borang kepada sistem online. Sila layari Sistem Permohonan E-mel Kakitangan (SPeK) di www.ukm.my/daftarmel untuk permohonan baru.


(ewarga/bul/bil.08022010-33)


Makluman "The 1st Universiti Kebangsaan Malaysia - Mahidol University Joint Scientific Conference" [atas]


Dimaklumkan bahawa
Fakulti Farmasi akan mengadakan "The 1st Universiti Kebangsaan Malaysia - Mahidol University Joint Scientific Conference"  pada 12-13 Oktober 2010.

(ewarga/bul/bil.08022010-32)


Pemberitahuan Gangguan Capaian Ke Server Pangkalan Data Sistem Maklumat Universiti [atas]

Dimaklumkan bahawa server pangkalan data utama Sistem Maklumat Universiti (SMU) TIDAK BOLEH DICAPAI mulai jam 10.00 malam, 19 Februari 2010 (Jumaat) hingga 10.00 malam, 21 Februari 2010 (Ahad) untuk kerja-kerja menaiktaraf sistem pengurusan pangkalan data tersebut dan penyelenggaraan server sekunder di Pusat Pemulihan Bencana. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.



(ewarga/bul/bil.08022010-31)


Kejohanan Futsal Terbuka UKM-PIALA ATTOP 2010 [atas]

Pihak Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain (IZISH), UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Harimaumalaya.com (Kelab Penyokong Malaysia) akan menganjurkan kejohanan Futsal Terbuka UKM Piala ATTOP pada butir-butir berikut :
 
Tarikh: 27-28 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Komplek sukan UKM , Bangi

 
Sila klik untuk poster/maklumat lanjut. Sila klik di sini untuk muat turun borang pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Bisha (019-2700026)/0172806164, Amirul (012-6808580)/Nik Farida (017-4025080)/Ashmira (017-2537116.

(ewarga/bul/bil.08022010-30)


Makluman "Temasek Foundation - National University Of Singapore Leadership Enrichment And Regional Networking (TF-NUS Learn) Awards" [atas]

Permohonan untuk Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011 (Ogos-Disember 2010) kini dibuka.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.08022010-29)


Pelanjutan Tempoh Kemasukan maklumat dalam SPPU [atas]

Dimaklumkan bahawa Kemasukan maklumat dalam SPPU dibuka sehingga diberitahu kelak.

(ewarga/bul/bil.05022010-28)


Penilaian Prestasi Kendiri Pusat Kecemerlangan UKM (PPKCoE-UKM) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) akan melaksanakan penilaian prestasi kendiri Pusat Kecemerlangan(PPKCoE) yang melibatkan institut/pusat penyelidikan/makmal penyelidikan yang berusia 3 tahun atau lebih pada 31 Disember 2009.  Tujuan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengukur pencapaian dan menilai prestasi CoE sepanjang tempoh penubuhan. CoE Fakulti/pusat/institut terlibat dimohon untuk mengambil perhatian dan makluman tentang perkara ini. Pihak CRIM telah menyediakan Garis Panduan penyediaan laporan bagi membantu semua CoE terlibat. Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi urusetia PPKCoE (Puan Dahliya Abdul Kadir atau En. Ahmad Mustaza) di CRIM di talian 03-8921 4455/3506.

Sila klik untuk Garis Panduan Penyediaan Laporan PPKCoE-UKM
Sila klik untuk Jadual/Arahan Kerja PPKCoE-UKM 2010
Sila klik untuk Senarai CoE Yang Terlibat Dengan PPKCoE-UKM

(ewarga/bul/bil.05022010-27)


Wacana Ilmiah Fakulti Undang-undang [atas]

Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan tarikh dan tempat penganjuran Wacana Ilmiah Fakulti Undang-undang seperti berikut:

Tajuk: "The OECD's Fight against the Bribery of Foreign Public Officials in International Business Transactions"

Oleh: Christine Uriarte, General Counsel, Anti Corruption Division, Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).

Tarikh: 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Undang-undang


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.05022010-26)


Perkhidmatan RapidKL di PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa kepada semua warga dan pelanggan-pelanggan ppukm bahawa bas RapidKL telah memulakan perkhidmatannya di laluan T433 iaitu dari LRT Salak Selatan ke PPUKM mulai jam 6.20 pagi dan berakhir jam 10.40 malam. Kekerapan perjalanan bas tersebut ialah 20 minit sekali.

Bagi warga dan pelanggan-pelanggan PPUKM yang tinggal di bandar Tasik Permaisuri digalakan menggunakan perkhidmatan ini.

(ewarga/bul/bil.05022010-25)


Tahniah Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar [atas]

Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar, Felo Kanan Institut kajian Etnik (KITA), UKM kerana pelantikan beliau sebagai Pengarah, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia telah disambung dua (2) tahun lagi sehingga 12 November 2011.

Beliau mengalu-alukan warga UKM menghubungi beliau untuk membantu dalam urusan seperti lawatan rasmi, seminar, kerjasama persidangan, cuti sabatikal, latihan industri, melanjutkan pengajian dan promosi program akademik.

(ewarga/bul/bil.05022010-24)


Makluman "Year 2010 MTSF Programme (TORAY) Science & Technology Awards And Science & Technology Research Grant [atas]

Dimaklumkan bahawa Malaysian Toray Science Foundation (MTSF) telah membuka pelawaan permohonan Science & Technology Awards and Science & Technology Research Grant. Tarikh tutup permohonan geran penyelidikan ini adalah pada 31 Mei 2010.

Sehubungan itu, borang permohonan perlu dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) selewat-lewatnya pada 28 Mei 2010 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mtsf.org. Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai di CRIM di talian 03-8921 5102/5631.

(ewarga/bul/bil.05022010-23)


Kursus Selaman SKUBA 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan Kursus Selaman SKUBA 2010 seperti berikut:

Sesi A
13 hingga 15 Mac 2010 (Pulau Perhentian)

Sesi B
23 hingga 25 Mac 2010 (Pulau Tenggol)

Sesi C
7 hingga 9 April 2010 (Pulau Perhentian)

Maklumat dan Borang Penyertaan sila klik di sini.

(ewarga/bul/bil.05022010-22)


Iklan Kekosongan Jawatan TNC Penyelidikan dan Inovasi dan TNC Hal Ehwal pelajar dan Alumni di UUM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.05022010-21)


Kejohanan Terbuka Bola Tampar Pantai Lelaki 2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut. Sila klik di sini untuk muat turun borang pendaftaran.


(ewarga/bul/bil.04022010-20)


Festival Sanjungan Satria (FESSAT) IX, Kolej Tun Hussein Onn [atas]

Dimaklumkan bahawa Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, UKM akan mengadakan Festival Sanjungan Satria kali ke-9 pada 5 hingga 7 Februari 2010 bertempat di Dataran Panggung Seni bermula seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai acara menarik yang disajikan di samping pelbagai gerai jualan boleh didapati di festival ini.

Sehubungan itu, Majlis Perasmian FESSAT yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri akan diadakan pada:

Tarikh: 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Panggung Seni

Sila klik untuk atur cara penuh.

Semua warga UKM dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.


(ewarga/bul/bil.04022010-19)


Syarahan Umum oleh Profesor Pelawat Prof. Dr. Matthew Yau [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Terapi Carakerja, FSKB akan menganjurkan satu Syarahan Umum oleh Profesor Pelawat seperti  berikut:

Tarikh: 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) , Dewan Kuliah 1, Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh, KL

Tajuk: Addressing the Neglected Desires : Sexual and Intimacy Needs of People  With Disabilities oleh Profesor Pelawat Program Terapi Carakerja, Prof. Dr. Matthew Yau  dari James Cook University, Australia.

Semua warga UKM diundang hadir. Penyertaan adalah PERCUMA.

(ewarga/bul/bil.03022010-18)


Tahniah dan Syabas Fakulti Pergigian [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Pergigian UKM telah berjaya mempertahankan kejuaraan selama 2 tahun berturut-turut di 2nd National Dental Students’ Scientific Conference yang telah berlangsung di Fakulti Pergigian Universiti Malaya pada 28 Januari 2010.

Pemenang telah menerima trofi, sijil dan hadiah wang tunai. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah yang telah mengharumkan nama Fakulti Pergigian dan UKM pada tahun ini!
Untuk maklumat lanjut, sila klik :- http://pkukmweb.ukm.my/FPerg/

(ewarga/bul/bil.03022010-17)


Pertandingan Tenpin Boling “Tertutup” Warga UKM [atas]

Tarikh: 27 Febuari 2010 (Sabtu)
Masa: 12:00 tengah hari
Tempat: Bangi Superbowl, Tingkat 4, Warta, Bandar Baru Bangi, Selangor

Pertandingan ini terbuka kepada keluarga warga UKM :- Kakitangan (termasuk suami, isteri dan anak) & Pelajar.

Sebarang pertanyaan & permohonan penyertaan sila hubungi:

Radzuan Hj Sharif : Pusat Teknologi Maklumat (0389216434/017-2188627)
Cik Nurul Ashikin Anuar : Wakil Pelajar (017-6377067)
Puan Wan Nadiaton Radzuan: Pbbl –FSKK (0389216470/017-3115972)
Mohd Razali Abu Bakar: Pusat Pengajian Siswazah (0389213795/019-2195288)

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.03022010-16)


Jemputan ke Promosi Perbankan Islam Al Rajhi Bank [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.03022010-15)


Bengkel Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan: "First Aid At Work" [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Sains Perubatan Kecemasan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), FSKB akan mengadakan Bengkel Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan: "First Aid At Work" seperti berikut:

Tarikh: 3 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 8.15 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar, Tkt. 2, Blok H (BSH 2), Kampus Kuala Lumpur


(ewarga/bul/bil.03022010-14)


Siri Bengkel Penulisan Kreatif VII Anjuran PPBKKM, FSSK [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02022010-13)


Permohonan bagi Urusan Pinjaman Peralatan dan Pengunaan Ruang, Pusat Sukan [atas]

Pengumuman untuk semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebarang permohonan bagi urusan pinjaman peralatan dan pengunaan ruang untuk kemudahan sukan di Pusat Sukan, UKM tuan-puan dipohon supaya membawa bersama-sama:

  •    Kad Matrik (Pelajar)
  •    Kad Pekerja (Kakitangan)
  •    Kad Pengenalan (Orang Awam)

Ini adalah bagi mengelakkan pemalsuan dan penipuan penggunaan serta pinjaman peralatan di Unit Peralatan dan Kemudahan Sukan, Pusat Sukan, UKM.

Kerjasama yang diberikan oleh semua warga Universiti amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.


(ewarga/bul/bil.02022010-12)


Syarahan Umum "Painting by Numbers: How accounting affects what we see in business” [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.02022010-11)


Permohonan Kursus dan Rekod Inovasi PTK-PKB [atas]

Dimaklumkan bahawa :

Permohonan kursus anjuran Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia bagi bulan Februari – Mac 2010 masih dibuka (hebahan kedua). Sila layari Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) di www.ukm.my/espel.

Rekod Inovasi bagi Calon Penilaian Tahap Kecekapan-Penilaian Kompetensi Berterusan (PTK-PKB) Gred 17-54 (Bukan Akademik) Siri 1/2009 akan ditutup pada 28 Februari 2010. Pastikan semua maklumat telah dikemas kini di Sistem e-Inovasi di www.ukm.my/einovasi dan perakuan Ketua Jabatan telah diterima oleh Unit Latihan. sila hubungi 03-8921 3026 (Encik Rahman).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8921 3026/4434/5146/3617.


(ewarga/bul/bil.02022010-10)


Tapak Web "FSSK Postgraduate Community" [atas]

Dimaklumakan bahawa FSSK telah melancarkan website  : FSSK Postgraduate Community,
PGcomm@fssk http://pkukmweb.ukm.my/pgcomm/ oleh Prof. Madya Dr. Hazita Azman, Timbalan Dekan(Siswazah & Hubungan Antarabangsa), FSSK. Sila layari tapak web berkenaan untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.02022010-09)


Pindaan Syarat Cuti Belajar Berasaskan Pekeliling Pentadbiran Bil 4/2009 Berkuatkuasa 1 Januari 2010 [atas]

(Diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 2/2010)
Pindaan syarat cuti belajar yang digunapakai bagi semua penajaan adalah seperti berikut:

(A) Kelulusan Syarat Bahasa Inggeris:

(I)Luar Negara

  1. Lulus sekurang-kurangnya band 6.5 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian luar negara yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis.
  1. Lulus sekurang-kurangnya band 6.0 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Universiti (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian luar negara yang TIDAK menggunakan Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis.

(II) Dalam Negara
Peraturan syarat kelayakkan dikekalkan iaitu lulus sekurang-kurangnya IELTS band 5.0 atau TOEFL 550 (paper-based) atau 213 (computer based) atau 79 (internet-based).

(B) Kelayakkan Had Umur Cuti Belajar- Doktor Falsafah:

  • <40 : pengajian luar negara dan dalam negara
  • 40 – 45 : pengajian dalam negara

 

(ewarga/bul/bil.01022010-08)


Tajaan Biasiswa Khas AEROANGKASA KPT [atas]

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa SLAB/SLAI Bil. 1/2010 telah memaklumkan berkenaan biasiswa khas AEROANGKASA yang telah diperuntukkan oleh KPT kepada 7 Universiti iaitu USM, UKM, UPM, UIAM, UTHM UPNM dan UTM. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:

BIASISWA AEROANGKASA KPT 2010

Bilangan peruntukkan:

30

Jenis tajaan pengajian:

Doktor Falsafah

Tempat:

Dalam dan Luar Negara

Syarat-syarat permohonan:

Permohonan dari Jabatan/Institut Aeroangkasa atau bidang pengajian Aeroangkasa

(ewarga/bul/bil.01022010-07)


Pameran Pergigian "Kesihatan Oral" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan Pameran Pergigian "Kesihatan Oral" seperti berikut:

Tarikh: 1 - 28 Febuari 2010
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.01022010-06)


Bengkel Penulisan Buku Pembangunan Lestari: Antara Harapan dan Realiti Terbitan LESTARI-DBP [atas]

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, akan menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Pembangunan Lestari: Antara Harapan dan Realiti terbitan bersama LESTARI & DBP seperti berikut:

Tarikh:  2 Februari 2010 (Selasa)
Masa:  8.30 pagi- 1.00 petang 
Tempat:  Puri Pujangga, UKM 

Penyertaan adalah terbuka kepada ahli-ahli akademik yang berminat dari semua Fakulti dan Institut di UKM. Penulis-penulis yang telah menyumbang kepada cadangan buku ini adalah digalakkan hadir. Penyertaan adalah percuma. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Makluman penyertaan, mohon E-mel kepada  urusetia, Puan Rospidah Ghazali, di rospidah@ukm.my atau Puan Sharina Abdul Halim di sharinahalim@gmail.com.

(ewarga/bul/bil.01022010-05)


Pementasan Teater  ”Usang” [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan Kumpulan Teater Rimba ARTISUKMA UKM  menjemput semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk menyaksikan mengadakan Pementasan Teater ”Usang” oleh Kumpulan Teater Rimba ARTISUKMA seperti berikut:

Tarikh: 6 Februari 2010(Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni, UKM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia (Encik Mohamadiani Hj. Kasian) ditalian 03-8921 3190, telefon bimbit : 012- 012 313 9474  atau emel : pkebudayaan@ukm.my.    

Masuk adalah percuma!

(ewarga/bul/bil.01022010-04)


Kolokium Siswazah FSSK [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.01022010-03)


Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online.  Klik di sini untuk mengisi borang.  Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.01022010-02)


Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G3, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G3, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
                                 8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 18 Februari 2010 (Khamis), Jam 11.00 pagi. Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.01022010-01)


Pelanjutan Tempoh Kemasukan Pencapaian SKT [atas]

Dimaklumkan bahawa Tempoh Kemasukan Pencapaian SKT dilanjutkan sehingga 5 Februari 2010 (Jumaat). Sila klik untuk muat turun Manual kemasukan. Warga UKM diminta  mengambil tindakan segera dan jangan tunggu disaat akhir.
 

(ewarga/bul/bil.29012010-115)


Seminar Pengurusan Seni UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan ARTISUKMA UKM  akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Seni Budaya UKM 2010 pada 6 Februari 2010, jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Anjung Seni, Aras 2 DECTAR, UKM.

Sasaran peserta adalah para pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengurusan program-program kesenian dan kebudayaan di kampus khususnya dari  kumpulan kesenian ARTISUKMA, PMUKM, persatuan-persatuan pelajar dan kolej-kolej kediaman di UKM. Antara tujuan diadakan bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan mutu pengurusan organisasi seni budaya, membina semangat kerja berkumpulan di samping memupuk kreativiti serta menjalin kerjasama sesama peserta dan kumpulan-kumpulan kesenian di UKM.

Pihak penganjur mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini, Untuk maklumat lanjut mengenai seminar, sila hubungi urus setia (Encik Roslan Abd. Salam) ditalian 03-89215343/5342 atau emel roslanas@ukm.my.    

(ewarga/bul/bil.29012010-114)


Forum/Dialog Seni UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, JPPel UKM akan menganjurkan Forum/Dialog Seni UKM 2010 seperti berikut:

Tarikh: 6 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Anjung Seni DECTAR, UKM
Tajuk:  1 Malaysia Lambang Budaya Bangsa

Ahli Panel:

Prof. Madya Dr. Hanapi Dollah
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM

Prof. Dr. Ding Choo Ming
Felo Penyelidik Utama,
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM

Encik Joseph Victor Gonzales
Dekan Fakulti Tari,
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)

Moderator: Encik Zubir Idris
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM

Semua Warga UKM dan Sekitar Lembah Kelang yang berminat dijemput hadir.    

(ewarga/bul/bil.29012010-113)


Perubahan Perkhidmatan Letak dan Naik (Park & Ride) [atas]

Dimaklumkan pihak Universiti telah melaksanakan perkhidmatan Letak dan Naik (PLdN) di lingkungan pertama kampus Bangi mulai pada 1 Julai, 2009.   Perkhidmatan ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.  Memandangkan kadar penggunaan PLdN adalah pada tahap rendah dan sebagai langkah penjimatan pihak Universiti telah bersetuju untuk membuat perubahan dari segi masa perjalanan dan jenis kenderaan yang digunakan seperti berikut.

MASA PERJALANAN

Perkhidmatan yang disediakan adalah secara berjadual iaitu pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.20 pagi hingga 6.00 petang dengan kekerapan 20 minit dan jadual perjalanan seperti Lampiran.

JENIS KENDERAAN

Kenderaan yang digunakan adalah van 12 penumpang.         

Keutamaan perkhidmatan adalah diberikan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat yang meletak kenderaan di stesen PLdN untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.   Perubahan perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Februari, 2010.

 

(ewarga/bul/bil.29012010-112)


Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar [atas]

Berikut adalah URL yang digunakan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar :

1.       Semakan Tempat Mengundi :  http://smp.ukm.my/semak  

2.       Statistik keluar mengundi : http://smp.ukm.my/statistik            

3.       Kuputusan keseluruhan MPP:  http://smp.ukm.my/resultmpp

(ewarga/bul/bil.29012010-111)


Siri Seminar Bulanan FSSK [atas]

Penceramah: PROF. DR. NAREN CHITTY (Macquarie University, Sydney, Australia)
Tajuk: INTERNATIONALISING SOCIAL SCIENCE RESEARCH

Tarikh: 11 Februari 2010 (Khamis)
Jam: 1.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat FSSK, UKM
Anjuran: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.29012010-110)


Jemputan Lawatan Berpandu Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.29012010-109)


Majlis menandatangani kerjasama UKM-Hoya Simulasi Center Majlis menandatangani kerjasama UKM-Hoya Simulasi Center [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis menandatangani kerjasama UKM-Hoya Simulasi Center akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, FSKB UKM pada 29 Januari 2010 jam 9.30 pagi. 

Atur Cara:

9.30 pagi   :  Media & Pendaftaran Tetamu
                   Bilik Mesyuarat Utama , FSKB UKM

10.00 pagi  :  Pengenalan MC

10.01 pagi  : Ucapan selamat datang  P/M. Dr Haliza bt Abd Mutalib
                   Ketua, Jabatan Optometri, FSKB UKM
                               
10.10 pagi  : Ucapan  Prof. Salmaan Hussain Inayat Hussain
                   Dekan,  FSKB UKM

10.20 pagi  : Ucapan Mr. Miyakawa Yasuka
                    Chief Executive Office
                    Asia Headquarters
                    Hoya Corporation Vision Care Company

10.30 pagi  :  Majlis tandatangan

10.35  pagi :  Lawatan Media ke  Simulasi Centre di Klinik Optometri, Jabatan Optometri, FSKB UKM
                               
11.00 pagi  :   Press Conference / kudapan

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.28012010-108)


Taklimat "Malaysia – Imperial Doctoral Programme’ oleh Ms. Jennifer Martin (Imperial College London, United Kingdom (UK)" [atas]

Untuk makluman Tuan/ Puan, Ms. Jennifer Martin (International Officer/ MIDP Programme Manager, Imperial College London, UK) akan membuat perbentangan mengenai program MIDP (Malaysia – Imperial Doctoral Programme) yang ditawarkan oleh Imperial College London. Warga UKM yang berminat dijemput hadir dalam sesi penerangan dan dialog yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh 1 Febuari 2010 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat:  Bilik Mesyuarat Pejabat Hubungan Antarabangsa (PHA), Aras 2, Bangunan Canselori, UKM

Sukacita kiranya pihak Tuan/ Puan dapat memaklumkan kehadiran Tuan/ Puan kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa  di talian 03-8921 4357 / 5057.

(ewarga/bul/bil.28012010-107)


Makluman Seminar "Safety of Medical Devices, Combination Devices & Tissue Engineered Medical Products" [atas]

Dimaklumkan bahawa Makmal Bioserasi, INBIOSIS dengan kerjasama Fakulti Sain Kesihatan Bersekutu akan menganjurkan Seminar Safety of Medical Devices, Combination Devices & Tissue Engineered Medical Products 
seperti berikut:

Penceramah utama: Prof Dr James Anderson, MD, Ph.D
Dept of Pathology, Polymer Science and Biomedical Engineering,
Case Western Reserve University, Cleveland,Ohio, USA.

Tarikh: 3 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Dewan Persidangan CRIM, UKM Bangi

(ewarga/bul/bil.28012010-106)


Berita Takziah [atas]

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Hanaffiah bin Si-Harun, Pemandu di Unit Kenderaan telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Januari 2010 (Rabu) jam 8.00 malam.  Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Ramal Luar.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

(ewarga/bul/bil.28012010-105)


Penangguhan Kuliah  Pada Hari Pengundian (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009-2010) [atas]

Dimaklumkan bahawa Hari Pengundian bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009-2010 telah ditetapkan pada hari Khamis, 28 Januari 2010.

Sehubungan ini semua kuliah yang dijadualkan pada 28 Januari 2010 di antara jam 8.00 pagi - 1.00 petang adalah ditangguhkan untuk  memudahkan pelajar-pelajar hadir ke pusat-pusat pembuangan undi.

Sekian, di atas kerjasama pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.


PROF. DATO' IR. DR. HASSAN BASRI
Timbalan Naib Canselor (HEAA)
Universiti Kebangsaan Malaysia

(ewarga/bul/bil.28012010-104)


Penerbitan IKRAB - Sejarah Dinar:  Dari Zaman Pra Islam sehingga Zaman ‘Uthmani [atas]

Dimaklumkan bahawa buku yang tersebut merupakan buku terbitan IKRAB hasil penyelidikan Kumpulan Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (UKM GUP-EP-07-16-051) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani. Sila klik untuk lihat buku berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di http://www.ukm.my/ikrab.

(ewarga/bul/bil.28012010-103)


Makluman "Scholarship for Master of Arts Programme in Korea Studies 2010" [atas]

Dimaklumkan, Asean University Network (AUN) ingin menawarkan ‘Scholarship for Master of Arts Programme in Korea Studies 2010’ kepada warga UKM. Program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Chulalongkorn University dan Seoul National University.

Sehubungan itu, warga UKM yang berminat boleh menghantar permohonan kepada Jawatankuasa Asean University Network (AUN) selewat-lewatnya pada 15 Mac 2010 (Isnin).

(ewarga/bul/bil.28012010-102)


Taklimat dari Chung-Ang University, Korea- ”The CAU Young Scientist Scholarship Program” [atas]

Dimaklumkan bahawa Chung-Ang University, Korea akan mengadakan satu sesi taklimat yang bertajuk ”The CAU Young Scientist Scholarship Program”.

Warga UKM yang berminat dijemput hadir dalam sesi taklimat dan dialog yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sukacita kiranya pihak Tuan/ Puan dapat memaklumkan kehadiran Tuan/ Puan kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa disambungan 03-8921 4357 / 5057 selewat-lewatnya 4 Febuari 2010 (Rabu) jam 5.00 petang.

(ewarga/bul/bil.28012010-101)


Peperiksaan  Perkhidmatan dan Khas Bil.1/2010 [atas]

Sila klik : Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan dan Khas.
Sila klik : Jadual A: Peperiksaan Perkhidmatan untuk Pengesahan dalam Perkhidmatan - 2 kali setahun.
Sila klik : Jadual B: Peperiksaan Khas - Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)- sekali setahun.

(ewarga/bul/bil.28012010-100)


Makluman Gangguan Internet UKM [atas]

Makluman kepada pengguna rangkaian UKM, perkhidmatan Internet kemungkinan akan mengalami gangguan disebabkan oleh kerja-kerja  pemasang peralatan rangkaian di Pejabat Perhubungan Antarabangsa pada :

6 Februari 2010, Sabtu bermula dari pukul 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang  .

Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sebarang pertanyaan  boleh hubungi kami melalui hotline : 03-89216134.

(ewarga/bul/bil.28012010-99)


Bengkel Fotografi Digital 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kelab Fotografi Senibudaya PPUKM akan mengadakan Kursus Fotografi Digital 2010 seperti berikut:

Tarikh: 13-15 Februari 2010
Tempat: Intan Suraya Resort Sg Siput Perak D.R
Yuran: RM380

Pengajar
En Rosli Nasir (Fotografi PPUKM)
Tuan Hj Ismail Ibrahim (Fotografi UKM)
En Mohd Nizam Isa (Grafik PPUKM)

Pengisian
1. Seni dan teknik rakaman foto
2. Teknik Manipulasi Imej
3. Fotografi studio dan outdoor (Model Shooting)
4. Kembara Foto (Lokasi Menarik di Kuala Kangsar)


Borang permohonan dan segala maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi kelab dan blog kelab foto di

http://kelabsenibudaya.wordpress.com/
http://fotohukm.blogspot.com/

 

(ewarga/bul/bil.28012010-98)


Makluman Kepada Bakal Pemohon Bersara Secara Pilihan Sendiri [atas]

PENANGGUHAN BAYARAN SEBAHAGIAN GANJARAN BERKAITAN PERSARAAN PILIHAN

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan surat edaran JPA/PEN(S)228/25/5-11(22) bertarikh 25 Januari 2010 mengenai penangguhan bayaran sebahagian ganjaran  berkaitan persaraan pilihan. Permohonan persaraan pilihan akan diluluskan dengan syarat kakitangan berkenaan bersetuju dibayar 20% daripada ganjaran atau RM10,000.00, mengikut mana yang lebih.

Syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan ini hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada atau selepas 1 Februari 2010. Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Februari 2010 walaupun tarikh kuatkuasanya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya. Sila klik di sini untuk paparan maklumat terperinci mengenainya.

Unit Perkhidmatan & Persaraan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar, UKM

(ewarga/bul/bil.26012010-97)


Lintas Langsung Penjumlahan Undi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009-2010 [atas]

Semua warga UKM berpeluang menyaksikan lintas langsung penjumlahan undi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009-2010 dari Bilik Mesyuarat Teratai, Pusat Teknologi Maklumat pada 28 Januari 2010 (Khamis) melalui laman web http://live.ukm.my/mpp/.

(ewarga/bul/bil.26012010-96)


Klinik Bola Sepak [atas]

Klinik bola sepak anjuran Pelajar Kokurikulum Bola Sepak UKM, akan dijalankan setiap sabtu, jam 8.00 pagi. bermula 30 Januari 2010 di Pavillion UKM. Penyertaan terbuka kepada anak kakitangan UKM dari umur 9 - 12 Tahun. Bayaran hanya  RM100 untuk 6 sesi. Maklumat lanjut sila hubungi: Irwan 019-3725188.

 

(ewarga/bul/bil.26012010-95)


Pengesahan dan Kelulusan Pengumpulan Membawa Cuti Rehat Ke Tahun Hadapan (BTH) Dan Award Wang Tunai Gantian (GCR) Cuti Rehat Tahun 2009 [atas]

Pihak kami mendapati proses tersebut  tidak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh oleh kerana terdapat rekod GCR & BTH 2009 masih belum disahkan atau diluluskan atas faktor teknikal.  Oleh itu untuk memastikan proses ini dapat dilaksanakan pihak kami akan mengesahkan dan meluluskan bagi pihak PTJ.  Tindakan ini membolehkan pihak PTM menyediakan maklumat rekod cuti kakitangan 2010 dengan segera.   Langkah ini hanya perlu dilakukan untuk untuk tahun 2010.  Bagi tahun 2011 usaha akan dilakukan   supaya pihak PTJ dapat menguruskan pengesahan dan kelulusan cuti GCR & BTH.

(ewarga/bul/bil.26012010-94)


Kemasukan dan Kemaskini Maklumat SKT di SPPU [atas]

Sila gunakan pelayar => INTERNET EXPLORER sahaja untuk mengemaskini maklumat pencapaian SKT didalam SPPU. Kemasukan maklumat pencapaian SKT hendaklah dibuat sebelum 31 Jan 2010.

(ewarga/bul/bil.26012010-93)


Makluman "UKM-Graduate School of Business Leadership Series 01/2010" [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM- Graduate School of Business akan menganjurkan UKM-GSB Leadership Series 01/2010 seperti berikut:

Tarikh: 28 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi (Khamis)
Tempat: Bilik Pujangga 2, Puri Pujangga UKM    
                  

Tajuk: “Business Research in Palm Oil Industry: Opportunities and Challenges”                               Penceramah: YBhg. Dato’ Sabri Ahmad, Pengerusi MPOB  

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Abdussattar 03-8921 5782 atau Kesuma 03-8921 5720.

(ewarga/bul/bil.26012010-92)


Iklan Pembantu Penyelidik di UMBI [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.26012010-91)


Tawaran Jawatan Sebagai Human Resource Manager di The Asian University For Women (AUW), Chittagong, Bangladesh [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.25012010-90)


Biasiswa bagi Pegawai Pentadbiran - ACU [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.25012010-89)


Tawaran Biasiswa bagi semua kakitangan melalui “Projek Elite Study in Taiwan (ESIT)” [atas]

Makluman bagi calon-calon yang berminat melanjutkan pengajian ke Taiwan melalui “Projek Elite Study in Taiwan (ESIT)”. Sila layari http://www.esit.org.tw untuk keterangan lanjut dan permohonan secara atas talian

Untuk maklumat lanjut sila email ke smile@esit.org.tw.

(ewarga/bul/bil.25012010-88)


Tajaan-tajaan Biasiswa ke University of Nottingham bagi tahun 2010/2011 bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah  [atas]

Program Sarjana: Lampiran 1
Program Doktor Falsafah: Lampiran 2


(ewarga/bul/bil.25012010-87)


Sumbangan Derma Melalui Potongan Gaji Kepada Tabung Kebajikan Pesakit Pusat Perubatan UKM  [atas]

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UKM yang berhasrat menyumbang bantuan kewangan  bagi membantu pesakit-pesakit miskin dan kurang berkemampuan dalam membiayai kos perubatan di PPUKM boleh menyalurkannya  melalui  Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM.  Sumbangan tersebut boleh dibuat melalui sistem pemotongan gaji dan  mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Sila klik untuk capaian borang  sumbangan secara potongan gaji. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian : 03 – 91455759/91455770.


(ewarga/bul/bil.25012010-86)


Pangkalan Data SciFinder (Versi Online) [atas]

Dimaklumkan Pangkalan Data SciFinder (Versi Online) boleh diakses semula pada 1 Februari 2010 (Isnin).    


(ewarga/bul/bil.22012010-85)


Permohonan Ujian Lisan (PTK) Gred 1 - 16 Online Sesi 1/2010 [atas]

  • Dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar akan mengadakan Ujian Lisan (PTK)  bagi gred 1 hingga 16 Sesi 1/2010 pada 25 – 26 Mac 2010. Sila klik untuk jadual ujian lisan.
  • Bagi calon yang berminat untuk menduduki ujian lisan tersebut, tarikh permohonan akan dibuka mulai 1 Februari 2010 sehingga 26 Februari 2010. Sila layari laman http:// www.ukm.my/eptk untuk memohon.
  • Tarikh yang dicadangkan adalah tertakluk kepada pindaan terakhir.
  • Untuk bantuan, sila hubungi:

Bahagian Urusetia: 8921 5003/5011
Bahagian Teknikal: 8921 6153


(ewarga/bul/bil.22012010-84)


Pindaan Mesyuarat Semakan Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajian Prasiswazah & Siswazah Bil. 1/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mesyuarat tersebut dipinda seperti berikut : 

Tarikh: 24 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Akan dimaklumkan kemudian

(ewarga/bul/bil.22012010-83)


Gangguan Akses Pangkalan Data Science Direct & Scopus [atas]

Dimaklumkan bahawa Pangkalan Data Science Direct & Scopus tidak dapat diakses kerana kerja-kerja penyeleggaraan oleh pihak Elsevier bermula pada 9.00 malam , 23 Januari 2010 (Sabtu)  sehingga 9.00 pagi, 24 Januari 2010 (Ahad).

(ewarga/bul/bil.22012010-82)


Makluman Persidangan "The 2nd ISESCO International Workshop and Conference on Nanotechnology 2010 (IWCN 2010)" [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, dengan kerjasama Islamic Education, Scientific and Cultural Organisation (ISESCO) akan menganjurkan persidangan tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 25-27 Januari 2010
Tempat: Hotel Equatorial, Bangi

Maklumat lanjut boleh dicapai di http://pkukmweb.ukm.my/~iwcn2010/
.

(ewarga/bul/bil.22012010-81)


Makluman Penutupan Sementara Kafetaria “Food Garden” PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kafetaria “Food Garden” PPUKM yang terletak di Lobi Pelawat ditutup sementara (sehingga akan dimaklumkan kelak), bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pengubahsuaian kafetaria tersebut.  

Perkhidmatan kafetaria lain yang boleh didapati di Blok Pendidikan, bersebelahan Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUKM. 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi demi menjamin keselesaan dan kepuasan anda pada masa hadapan.

(ewarga/bul/bil.22012010-80)


Syarahan Umum DELTA: oleh Prof. Kerrie L. Mengersen [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.21012010-79)


Penutupan Pintu Pagar, Blok R berikutan Kerja-Kerja Menaiktaraf Fakulti Pergigian [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.21012010-78)


Saksikan Prof. Madya Dr .Kamaruzzaman Yusof di Astro Awani petang ini [atas]

Warga UKM dialu-alukan untuk menyaksikan siaran secara langsung Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman, Senior Felo, IKRAB UKM di siaran Astro Awani (501) pada jam 6.31 petang hari ini (21 Januari 2010, Khamis). Selamat menonton. Topik yang akan dibicarakan ialah konflik Palestin-Israel.

(ewarga/bul/bil.21012010-77)


Keputusan  Peperiksaan Perkhidmatan &  Khas Bil. 2/2009 dan Ujian Lisan (PTK) Gred 1-16 Sesi 2/2009 [atas]

  • Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Perkhidmatan & Khas dan Ujian Lisan (PTK) Gred 1 -16 telah disahkan oleh Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi Bil. 1/2010 pada 19 Januari 2010 (Selasa).

  • Oleh itu, calon-calon yang telah menduduki Ujian Lisan (PTK) gred 1 -16 boleh melayari laman http:// www.ukm.my/eptk untuk melihat keputusan berkenaan.  Bagi keputusan Peperiksaan Perkhidmatan dan Khas   Bil. 2/2009 boleh menyemak keputusan tersebut di Sistem Maklumat Kakitangan (SMK).

Bahagian Urusetia: 03-8921 5003/3534/5011
Bahagian Teknikal: 03-8921 6153

(ewarga/bul/bil.21012010-76)


Kemasukan pencapaian SKT  di dalam SPPU sehingga 31 Januari 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kemasukan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan(SKT)  di dalam SPPU sehingga 31 Januari 2010.

(ewarga/bul/bil.21012010-75)


Makluman Penutupan Operasi Poliklinik UKM Kesihatan [atas]

Dimaklumkan bahawa POLIKLINIK UKM KESIHATAN SEK.15 tidak beroperasi pada 23 Januari 2010 bersamaan hari sabtu. Klinik akan beroperasi seperti biasa pada keesokkan harinya.

(ewarga/bul/bil.21012010-74)


Road-show SYMBIOSIS dan STU [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.20012010-73)


Bengkel Tatacara Pembentangan Kertas Kerja II 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bengkel Tatacara Pembentangan Kertas Kerja II 2010 akan diadakan sepeerti berikut:

Tarikh: 17 – 18 Februari 2010
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Stargate, Jabatan Surgeri, Tingkat 8, Blok Klinikal, PPUKM

Penyertaan adalah terhad. Sila hubungi Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Industri, 03-91455048 (Asma’) untuk maklumat lanjut. Sila klik untuk muat turun poster.

(ewarga/bul/bil.20012010-72)


Syarahan Umum oleh En. Ahmad Hizzad Baharuddin, Pengarah BNM[atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan UKM, Kumpulan Projek Penyelidikan “Risk Management In Islamic Banking Institutions” (UKM-GUP-EP-07-16-121) dengan & Kumpulan Kajian Ekonomi Dan Kewangan Islam (EKONIS) akan menganjurkan Syarahan Umum tersebut seperti berikut:

Tajuk: “Risk Management Framework for Islamic Banks:Regulator’s Perspective”

Disampaikan Oleh: En. Ahmad Hizzad Baharuddin, Pengarah, Jabatan Perbankan Islam Dan Takaful, BNM

Tarikh: 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Dewan Persidangan CRIM (Centre for Research and Innovation Management), UKM

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.20012010-71)


Makluman "Seminar on Drug Discovery & Development" oleh Professor Dr. Sun Suqin, Tsinghua University, Beijing, China [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Farmasi akan mengadakan Seminar on Drug Discovery & Development yang akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Breakthrough Technique in Natural Product Profiling using FTIR & 2DIR Correlation Spectroscopy

Tarikh:  26 Januari 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat: Lecture Hall 1, Pusat Kembangan Pendidikan, Kolej Tun Syed Nasir 1 (KTSN 1), Jalan Temerloh

Penyertaan terbuka kepada semua, sila klik untuk muat turun borang pendaftaran dan poster.

(ewarga/bul/bil.20012010-70)


Taklimat Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat [atas]

Dimaklumkan bahawa Taklimat Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 22 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

Sila bawa Sijil Asal dan salinan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM.

Semua Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut.

Maklumat lanjut sila hubungi Puan Sabariah Junid / Puan Salmah Ahmad, Unit Perkhidmatan di talian 03-89214453.

(ewarga/bul/bil.20012010-69)


Permohonan Kursus/Bengkel  Kakitangan Akademik (Pensyarah & Guru Bahasa) [atas]

Dimaklumkan bahawa kursus anjuran Pusat Pembangunan Akademik bagi tahun 2010 telah dibuka. Permohonan adalah secara online. Sila layari Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) www.ukm.my/espel untuk membuat permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut  sila hubungi 03-8921 5233/4716.

(ewarga/bul/bil.20012010-68)


Syarahan Saintifik "CALERIE' Study - Is it beneficial in slowing the ageing process?" [atas]

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Penyelidikan Pemakanan dan Kesihatan, Kelompok Antioksidan dan Metabolisme akan menjemput Dr. Sai Das dari Tuft University, Boston, USA untuk menyampaikan syarahan saintifik yang bertajuk "CALERIE' Study - Is it beneficial in slowing the ageing process? " seperti berikut:

Tarikh: 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 12.00 tengah hari - 1.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah 4 (DK4), UKMKL

Syarahan ini terbuka kepada semua yang berminat. Keterangan lanjut sila hubungi 03-92897457 (Dr. Hasnah Haron)           

(ewarga/bul/bil.20012010-67)


Permohonan Geran Sciencefund (MOA) Secara Online Mulai 15 Januari 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa mulai 15 Januari 2010, permohonan projek ScienceFund di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah dilaksanakan secara atas talian (online) melalui http://agridana.mardi.gov.my/scifund. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat MOA bertarikh 14 Januari 2010.

Selain itu, untuk makluman Y.Bhg Datuk/Tuan/Puan, tahun 2010 adalah tahun terakhir bagi permohonan Dana R&D Pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Oleh itu, sukacita diumumkan tarikh akhir penerimaan permohonan TechnoFund MOA dan ScienceFund MOA di peringkat kementerian/sekretariat adalah pada 31 Mac 2010. Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai CRIM di 89214679/3096.

Sila klik di sini, Surat MOA kepada CRIM bertarikh 14 Januari 2010.

(ewarga/bul/bil.20012010-66)


Meja Bulat Pusat Pengajian Umum [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.20012010-65)


Pertukaran Lokasi Berkumpul & Pelepasan Larian 1 Malaysia [atas]

Dimaklumkan bahawa lokasi berkumpul & pelepasan Larian 1 Malaysia yang akan diadakan pada 24 Januari 2010 (Ahad), jam 7.00 pagi diubah dari lokasi asal iaitu di Dataran Gemilang, UKM ke lokasi baru iaitu Stadium Universiti, UKM.

(ewarga/bul/bil.20012010-64)


Seminar "Shoulder Arthroscopy Course" di PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Perubatan UKM akan mengadakan seminar bertajuk "Shoulder Arthroscopy Course ".  Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang

Tarikh: 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang           

Tempat: Dewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor, Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan UKM

Pensyarah jemputan yang bakal memberikan ceramah ialah Professor Des Bokor, Macquarie, Sydney.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran, sila hubungi En. Alias Omar / Cik Noorhaida di talian 03-91456005/ 6019/6027 (Faks: 03-91738609) atau e-mail : nrhaida@ppukm.ukm.my
.

(ewarga/bul/bil.20012010-63)


Buletin Pusat Pengajian Fizik Gunaan [atas]

Dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi  telah menerbitkan buletin keluaran pertama. Sasaran pusat pengajian ialah menerbitkan buletin mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan  di PPFG sebanyak 3 atau 4 keluaran dalam setahun. Sila klik untuk muat turun buletin berkenaan.

(ewarga/bul/bil.20012010-62)


Tahniah - Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Ke-7 [atas]

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan pelajar tahun 3 Program Komunikasi Media, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan kerana berjaya meraih 4 anugerah di Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Ke-7, anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Pengajian Tinggi, yang berlangsung di kampus UNIMAP pada 14 – 16 Januari 2010. Anugerah yang dimenangi ialah hadiah pertama dan hadiah ketiga untuk kategori Filem/Video Dokumentari, hadiah ketiga untuk Klip Video Muzik, dan hadiah ketiga juga untuk kategori Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam atau Iklan.

(ewarga/bul/bil.19012010-61)


Pemakluman Bayaran Ganjaran Penerbitan Tahun 2008 (Senarai Kelima) [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran Ganjaran Penerbitan Tahun 2008 (Senarai Kelima) akan dibayar melalui Bayaran Gaji kepada semua Ketua Pengarang dan Penulis Koresponden yang telah diperaku pada 12 Januari 2010 yang lalu.  Sukacita semua penama seperti pada lampiran dipohon agar dapat menyemak slip gaji masing-masing dan memastikan item “Bayaran Ganjaran Penerbitan ” dengan jumlah yang telah diperaku oleh Jawatankuasa Ganjaran Penerbitan adalah betul seperti yang disenaraikan.   Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi di talian 4820/3095.

Sila klik– Senarai nama Penulis/Ketua Pengarang bagi Senarai Kelima 2008.

(ewarga/bul/bil.19012010-60)


Makluman "UKMMC-UK Collaboration Seminar" [atas]

Dimaklumkan “UKMMC-UK Collaboration Seminar” akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 21 Januari 2010(Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM

Sila klik untuk muat turun atur cara.

Kehadiran semua kakitangan akademik yang berminat dialu-alukan.


(ewarga/bul/bil.19012010-59)


Syarahan Umum PPU [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.19012010-58)


Tahniah - Penganugerahan Darjah Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-62 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) dan Prof. Dr. Raymond Azman Bin Ali, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa), Fakulti Perubatan, UKM kerana telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S) yang membawa membawa gelaran Dato'.

Dalam pada itu, tahniah juga diucapkan kepada  Prof Dr. Rahmah Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Dr. Saran Kaur Gill, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) kerana telah dikurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S).

Penganugerahan tersebut adalah bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-62 pada 14 Jan 2010. Syabas !


(ewarga/bul/bil.18012010-57)


Seminar Serantau Seabad Buya Hamka [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM akan menganjurkan persidangan di atas bersama dengan pihak:

  1. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia;
  2. Ikatan Keluarga Mahasiswa Minang.

Butiran persidangan ialah sebagaimana berikut:

Tarikh: 25 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Senat dan Bilik Majlis, UKM

Perasmian oleh: Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Menteri Mentor UKM.

Untuk maklumat lanjut, sila klik poster.


(ewarga/bul/bil.18012010-56)


UKM Ke Arah Institusi Swa-Akreditasi – Audit Institusi Dalaman MQA [atas]

Selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam melaksanakan Teras Kedua PSPTN 2020, iaitu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia khususnya yang melibatkan program-program pengajian yang dikendalikan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, KPT melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperkenalkan Audit Institusi yang dimulakan pelaksanaan pada tahun 2008. Melalui Audit Institusi ini, setiap institusi pengajian tinggi dinilai kemampuannya mengendalikan sistem pendidikan secara menyeluruh mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta piawai-piawai yang ditetapkan dalam kod-kod amalan untuk akrediatsi program dan audit institusi yang dibangunkan oleh MQA, iaitu COPPA (2008) dan COPIA (2008 dan 2009). 

Sehubungan itu,  Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat akan mengadakan program seperti berikut sebagai persediaan menghadapi Audit Institusi MQA pada 22 – 26 Mac  2010.

1. Bengkel Latihan Audit Institusi Dalaman MQA
(Juruaudit yang dilantik sahaja)

Tarikh: 16 Januari 2010
Masa:  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya

2. Audit Institusi Dalaman MQA
(Dijalankan oleh Juruaudit Dalaman UKM)

Tarikh: 25 – 29 Januari 2010
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
(Temubual dengan MKB/Pelajar)

Tarikh: 1 - 10 Februari 2010
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
(Lawatan Audit ke PTJ)

3. Audit Institusi MQA
(Dijalankan oleh Panel Juruaudit MQA)
 
Tarikh: 22 – 26 Mac 2010
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kampus UKM

Sila klik untuk muat turun  dokumen Penilaian Kendiri  UKM untuk Audit Institusi MQA (Self Review Portfolio for the MQA Institutional Audit).

(ewarga/bul/bil.18012010-55)


Pindaan Syarat Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota  Perkhidmatan Awam [atas]


Maklumat lanjut sila klik surat Pekeliling Bendahari Bil 3/2010 dan juga Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 2009.

(ewarga/bul/bil.18012010-54)


High-Tea Meraikan Kakitangan Antarabangsa UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Antarabangsa (PHA) akan mengadakan ‘Majlis High-Tea Meraikan Kakitangan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia’ seperti berikut:

Tarikh: 22 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 4.30 petang
Tempat:
Hotel Equatorial, Bangi

Maklumat lanjut berhubung majlis tersebut boleh diperolehi dari Pejabat Hubungan Antarabangsa di talian 03-8921 4187 / 4357 / 5057.



(ewarga/bul/bil.18012010-53)


Siri Seminar IKMAS: Impact of Global Economic Crisis on the Malaysian Auto-Parts Industry[atas]

Oleh: Ragayah Haji Mat Zin & Faridah Shahadan
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)


Tarikh: 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 2:30 petang – 4:30 petang
Tempat: Bilik Seminar IKMAS, UKM

 
Untuk maklumat lanjut sila ke http://pkukmweb.ukm.my/~ikmas/pdf/seminar_rs.pdf.

(ewarga/bul/bil.18012010-52)


Seminar Sehari 3R + 1R: Education for Intercultural Understanding [atas]

Dimaklumkan bahawa Seminar Sehari 3R + 1R: Education for Intercultural Understanding, anjuran kumpulan projek UKM-GUP-JKKBG-08-01-004, akan diadakan pada 19 Januari 2010 (Selasa), jam 9.00 pagi hingga 5.00 petangg, di Puri Pujangga, UKM.

Penyertaan adalah melalui undangan sahaja. Kepada sesiapa yang ingin menyertai seminar ini, sila hubungi Prof. Madya Dr Ong Puay Liu atau Cik Roovasini, tel: 03-8921 3612/4641; emel puayliu@yahoo.com; roova84@gmail.com sebelum 15 Januari 2010.

(ewarga/bul/bil.15012010-51)


Pangkalan Data Percubaan - Brill Hague Law & E-books [atas]

Akses percubaan kepada:

1.The Hague Academy Collected Courses Online
2. Human Rights and Humanitarian Law E-Books Online
3. International Law E-Books Online . Klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses

Percubaan tamat: 2 Febuari 2010

(ewarga/bul/bil.15012010-50)


Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Penolong Pegawai Sains Perubatan (AMSO ) di PPUKM[atas]

Dimaklumkan bahawa Persatuan Penolong Pegawai Sains Perubatan (AMSO) akan mengadakan mesyuarat Agung yang pertama. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh:  21 Januari 2010
Masa: 2.00 petang
Tempat: Auditorium, Blok Pendidikan Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM

Mesyuarat akan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM.

Semua PPSP, JTMP dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kaunter pendaftaran keahlian baru juga akan dibuka pada masa mesyuarat tersebut.

Borang pendaftaran boleh dicetak melalui laman web: http://amsoukm.wordpress.com/  dan borang boleh dihantarkan kepada Setiausaha PPPSP(AMSO).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Kamaruzaman Hasan di talian 03-9145 5582 atau Tasya di talian 03-9145 5583.


(ewarga/bul/bil.15012010-49)


Penyertaan dan Pembaharuan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok Kakitangan UKM bagi Tempoh 1 Feb 2010 - 31 Jan 2011 dan Pelan Takaful Ma'asyi berkelompok Kakitangan UKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.15012010-48)


Pengumuman Pusat Teknologi Maklumat (PTM) [atas]


Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan ICT, UKM dan Rangkaian JARING tidak boleh digunakan pada 17 Januari 2010 (Ahad), mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.  Ini adalah disebabkan pihak JPP sedang menjalankan kerja- kerja elektrik di bangunan Pusat Teknologi Maklumat, UKM, Bangi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


(ewarga/bul/bil.14012010-47)


Taklimat daripada Presiden  CUEPACS [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.14012010-46)


Siri Bengkel Penulisan Kreatif VI Anjuran PPBKKM, FSSK [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.14012010-45)


Laluan Larian 1Malaysia UKM 2010 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.14012010-44)


Klinik Kriket UKM-ASTRO 2010 [atas]

Pusat Sukan dengan kerjasama ASTRO akan mengadakan Klinik Kriket UKM-ASTRO 2010. Butiran aktiviti seperti berikut :

Tarikh: 17 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Oval UKM

Peserta: Kanak-Kanak Berumur Bawah 12 Tahun
Yuran: Percuma & Goodies akan diberikan kepada setiap peserta.

Sehubungan dengan itu, dijemput anak-anak warga UKM yang berminat untuk menyertai Klinik Kriket UKM-ASTRO ini. Kepada yang berminat sila hubungi Pusat Sukan UKM untuk pendaftaran di talian 03-89214193/5177 @ 017-5867108 (En. Suhaimi Sulaiman).

(ewarga/bul/bil.14012010-43)


Undangan sebagai Peserta Simposium Media dan Peraduan [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.14012010-42)


Ralat - Kepala Surat Menggunakan Logo 40 Tahun UKM [atas]

Pihak kami melampirkan (slik klik) Kepala Surat sebenar yang dipersetujui oleh MPU bukannya seperti yang dipekelilingkan sebelum ini. Pihak Pentadbiran memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Sila abaikan pekeliling ewarga bertarikh 12 Januari 2010 dan sila gunakan Kepala Surat terkini untuk digunakan yang berkuatkuasa 1 Januari 2010.

(ewarga/bul/bil.13012010-41)


Konsert Diraja UKM 2010 [atas]

Bersempena meraikan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kebudayaan, JPPel mempelawa semua warga UKM untuk hadir ke Konsert DiRaja UKM 2010 (Malam Menjunjung Kasih) yang akan diadakan pada 23 Januari 2010, 8.00 malam bertempat di DECTAR, UKM.

Saksikan persembahan menarik dari Kumpulan muzik Orkestra UKM,  Kumpulan ARTISUKMA UKM tidak ketinggalan artis undangan khas iaitu Roy dan Aishah.
 
Bagi yang berminat, Pas Masuk percuma boleh didapati di Pejabat Am Pusat Kebudayaan UKM (Aras 3, DECTAR). Tel: 89215240/5342/3083, faks : 89258810, mel-el: hzaiton@ukm.my.  

Pakaian : Formal/Kemas (Jeans dan T.shirt tidak dibenarkan sama sekali).

Kehadiran semua warga UKM amat dialu-alukan. Masuk Percuma!

 

(ewarga/bul/bil.13012010-40)


Permohonan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Kakitangan Akademik (Pensyarah dan Guru Bahasa) [atas]

Dimaklumkan bahawa Permohonan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah dibuka bagi Kakitangan Akademik (Pensyarah & Guru Bahasa).

Sila layari http://pkukmweb.ukm.my/~ptk/ bagi memohon menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

(ewarga/bul/bil.13012010-39)


Syarahan Perdana Profesor oleh Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh [atas]

Dimaklumkan bahawa Syarahan Perdana Profesor oleh Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan,UKM yang bertajuk "Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan" akan diadakan seperti 
berikut:

Tarikh: 27 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM


Semua Warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.13012010-38)


Langgganan Pangkalan Data Terbaru Perpustakaan PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan PPUKM telah melanggan Pangkalan Data baru mulai tahun 2010 seperti berikut :

1. American Academy of Pediatrics (AAP) Journals 
     1.1. AAP Ground Rounds (http://aapgrandrounds.aappublications.org/)
     1.2. AAP News (http://aapnews.aappublications.org/)
     1.3. Neoreviews (http://neoreviews.aappublications.org/)
     1.4. Pediatrics (http://pediatrics.aappublications.org/)
     1.5. Pediatrics in Reviews (http://pedsinreview.aappublications.org/)

2. Pediatric Care Online (AAP) (http://www.pediatriccareonline.org/pco/ub)

3. Nature.com (http://www.nature.com/)
    - Senarai 70 Judul e-Jurnal Nature.com yang dilanggan, sila klik http://lib.hukm.ukm.my/nature_list.php

4. IG Publishing e-books (Perubatan)
    4.1 ACP (American College of Physicians Press eBooks (http://www.igpublish.com/acponline-ebooks)
    4.2 Clinical Publishing eBooks (http://www.igpublish.com/clinical-ebooks)
    4.3 Manson Publishing eBooks (http://manson.igpublish.com/)
            
5. Enjin Carian Pangkalan Data Langganan
    5.1 Deep Web Federated Search (http://174.129.7.237:8080/hukm/)

6. BMJ Best Practice (http://bestpractice.bmj.com/)  

Sila layari Portal Perpustakaan PPUKM (http://lib.hukm.ukm.my) atau klik pada URL diatas untuk mengakses Pangkalan Data tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Khidmat Pelanggan Perpustakaan PPUKM - Encik Azlan, di talian : 91455337 / mel-e : lanzmh@ppukm.ukm.my atau Encik Azman, di talian 91455336 / mel-e: azmanid@ppukm.ukm.my.

(ewarga/bul/bil.13012010-37)


Jemputan Ceramah Kempen Kesedaran Kanser Payudara [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.13012010-36)


Jemputan Persidangan Kebangsaan Sumber Asli kali Pertama (NCNR2010) [atas]


Sila klik untuk lihat surat. Maklumat lanjut sila layari www.umk.edu.my.

(ewarga/bul/bil.13012010-35)


Permulaan Program Pembangunan Kriket Remaja [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.13012010-34)


Klinik Kriket Astro-Kriket Melayu [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.13012010-33)


Keluaran Sulung E-Journal-International Journal Of West Asian Studies Vol. 1 2009 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.12012010-32)


Makluman "Acara Pengkisahan Sempena 35 Tahun Program Komputeran UKM" [atas]

Sempena 35 tahun Program Komputeran UKM, pihak Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan mengadakan acara pengkisahan pada 16 Januari 2010 jam 2.00 petang di Dewan Kuliah FTSM. Semua bekas pelajar program Komputeran adalah dijemput. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ftsm.ukm.my/35tahun

(ewarga/bul/bil.12012010-31)


Pengumuman 10 produk UKM dikomersilkan melalui program STU [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.12012010-29)


Makluman Program SYMBIOSIS UKM-MTDC [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.12012010-28)


Program Gaya Hidup Sihat:Senamrobik Anjuran SUKMANITA [atas]

Dimaklumkan bahawa SUKMANITA akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat: Senamrobik seperti maklumat berikut:

Tarikh: Setiap Selasa dan Khamis
Masa : 5:30 - 6:30 petang
Tempat: Dataran Canselori UKM
Yuran Bulanan: RM5.00 (Ahli)/ RM10.00 (Bukan ahli)

Program ini akan bermula pada 14 Januari 2010 (Khamis). Ahli dan  kakitangan wanita yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Puan  Pauziyah (5335)/ Puan Nora (4472). Jumlah penyertaan adalah terhad.

(ewarga/bul/bil.12012010-27)


Larian 1Malaysia UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Larian 1Malaysia yang akan disertai oleh seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia . Aktiviti ini akan disertai oleh YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Maklumat aktiviti ialah seperti berikut :

Tarikh: 24 Januari 2010
Masa: 7.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Berkumpul dan Pelepasan : Dataran Gemilang, UKM

Borang penyertaan hendaklah dihantar atau faksimili ke Pusat Sukan UKM, sebelum atau pada 20 Januari 2010.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Suhaimi Sulaiman @ Puan Hanim Nasir ditalian 03-8921 4193/5177 .No. Faks : 03-8921 5435.

(ewarga/bul/bil.12012010-26)


Panduan Anugerah Kualiti UKM 2010 (Penilaian 2009) [atas]

Sebagai usaha menggalakkan warga Kampus supaya peka kepada pentingnya KUALITI dalam semua aspek perancangan dan operasi organisasi, UKM menyediakan berbagai jenis Anugerah Kualiti untuk membolehkan penghargaan diberi kepada warganya secara individu mahupun secara kumpulan.

Anugerah Khidmat Cemerlang dan Terpuji untuk kakitangan tetap/kontrak diberi pada setiap tahun dan juga Khidmat 20 tahun serta 30 tahun.  Selain itu, UKM menyediakan juga anugerah-anugerah berikut:

  1. Anugerah Kualiti Naib Canselor
  2. Anugerah Citra UKM       
  3. Anugerah Penerbitan
  4. Anugerah Pengajar Cemerlang
  5. Anugerah Pengantarabangsaan
  6. Anugerah Makmal Penyelidikan/Perkhidmatan
  7. Anugerah Penyelidikan
  8. Anugerah Perkembangan Pelajar
  9. Anugerah Keterlibatan Industri
  10. Anugerah Khidmat Masyarakat
  11. Anugerah Budaya Kualiti
  12. Anugerah Inovasi UKM

Setiap Anugerah diselaras oleh sebuah Jawatankuasa Anugerah yang tersendiri dan Pengerusinya dilantik oleh Jawatankuasa Induk Anugerah Khas Kualiti UKM.

Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) telah diberikan tanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai semua Anugerah.  Sesuai dengan ini, PPKK telah menyusun maklumat bagi semua Anugerah dalam bentuk sebuah Dokumen – ‘Format Pemilihan Anugerah Khas Kualiti UKM’.

Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan dipohon untuk menyebarkan maklumat mengenai Anugerah-Anugerah ini di peringkat Fakulti/Institut/Pusat/Unit/Jabatan bagi membolehkan penyertaan/pencalonan dibuat oleh individu/kumpulan (di mana sesuai).  Untuk tujuan ini Fakulti/Pusat/Institut/Unit/Jabatan bolehlah menyalin semula mana-mana borang penyertaan/pencalonan bagi anugerah yang berkaitan daripada contoh yang terdapat dalam dokumen atau melalui laman sesawang PPKK iaitu http://www.ukm.my/ppkk.  Dalam hal ini, untuk anugerah tertentu, Fakulti/Institut/ Pusat/Unit/Jabatan adalah juga berperanan untuk menyenarai pendek pencalonan/penyertaan.

(ewarga/bul/bil.11012010-25)


Majlis Menandatangani LoI Antara Bruker (M) Sdn. Bhd. - UKM dan Majlis Pelancaran Makmal NMR, CRIM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut .

(ewarga/bul/bil.11012010-24)


Majlis Pelancaran kampus sisa Sifar Sempena Ulangtahun Pertama Perjanjian Program kerjasama Antara UKM dan Alam Flora Sdn Bhd [atas]

Tarikh: 13 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Senat, UKM


Sila klik lihat atur cara.

(ewarga/bul/bil.11012010-23)


UKM Ke Arah Institusi Swa-Akreditasi [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan menghadapi Audit Institusi dari pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Februari 2010. Sehubungan itu, bagi memastikan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan, pihak Pusat Pembangunan Akademik akan mengadakan siri taklimat tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 13 Januari 2010 (Rabu)
Masa:2.00 ptg – 4.30 ptg
Tempat: Dewan Persidangan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Sila klik lihat atur cara.

Tarikh: 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 2.00 ptg – 4.30 ptg
Tempat:Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 1 Blok A, UKM Kampus Kuala Lumpur
Sila klik lihat atur cara.


Tarikh: 15 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Tingkat 1, Blok Pendidikan Pusat Perubatan UKM
Sila klik lihat atur cara.


(ewarga/bul/bil.11012010-22)


Majlis Perasmian Teres Eko Niaga & Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik, UKM [atas]

Dimaklumkan kepada Semua Warga Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, bahawa Majlis Perasmian Teres Eko Niaga & Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik, UKM akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat: Teres Eko Niaga UKM, bersebelahan Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

Tempat letak kereta di kawasan Teres Eko Niaga akan ditutup untuk tujuan tersebut dari 12.01.2010 hingga 14.01.2010.  Diharapkan kepada semua pengguna yang berkenaan dapat menggunakan perkhidmatan letak dan naik (Park & Ride) untuk kemudahan bersama.

Sila klik untuk lihat atur cara.

(ewarga/bul/bil.11012010-21)


Pemilihan Atlet Lawn Bowls MASUM 2010 [atas]

Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili UKM di dalam Sukan Lawn Bowls sila sms :
NAMA,NO.KP,NO.MATRIKS dan FAKULTI kepada Pn. Farah di talian 017-3682907 sebelum 15 Januari 2010 (Jumaat).

Manakala kepada mereka yang sudah berdaftar (Kakitangan & Pelajar) satu perjumpaan akan diadakan pada:

Tarikh : 26 Januari 2010
Masa :5.00petang
Tempat : Stadium Universiti,Pusat Sukan,UKM

(ewarga/bul/bil.11012010-20)


Taklimat Penerangan Program Kebajikan CUEPACS Untuk Kakitangan Awam Anjuran CUEPACS [atas]

Tarikh: 18 Januari 2010 (Isnin)
Masa:  2.30 Petang
Tempat:  Bilik Mesyuarat Utama  Aras 1, Blok A


Semua kakitangan UKM Kampus Kuala Lumpur dijemput hadir.

 

(ewarga/bul/bil.11012010-19)


Majlis Penyerahan Tabung Dato' Ismail Awang [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM akan mengadakan Majlis Penyerahan Tabung Dato' Ismail Awang seperti berikut:

Tarikh: 11 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 10.30 Pagi

Sebarang pertanyaan, hubungi 03-89214149/4144.

(ewarga/bul/bil.11012010-18)


Tahniah -Menang Hadiah `Michael Leifer Memorial Prize' [atas]

Tahniah diucapkan kepada Encik Kuik Cheng Chwee, Pensyarah  Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, UKM kerana telah memenangi Hadiah `Michael Leifer Memorial Prize' daripada Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).  Tajuk artikel yang telah ditulis oleh beliau ialah The Esseence of Hedging: Malaysia and Singapore's Response to a Rising China' dan diterbitkan oleh Contemporary Southeast Asia Vol. 30 (No.2) August 2008.

(ewarga/bul/bil.11012010-17)


Majlis Penghargaan Kecemerlangan PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Perubatan UKM akan mengadakan Majlis Makan Malam PPUKM bagi menghargai jasa baik dan sumbangan warga kerja PPUKM di samping meraikan ulang tahun ke-2 penubuhan PPUKM.  Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh:15 Januari 2010
Masa: 8.00 malam- 10.00 malam

Pendaftaran: Bermula jam 6.00 petang (bagi memudahkan proses pendaftaran)   Lokasi: Hotel  JW Marriot, Putrajaya
Pakaian: Batik

Majlis bakal diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada warga PPUKM melalui kategori pencalonan termasuk Program Kualiti, Aktiviti Sukan, Program Akademik dan Penyelidikan dan Aktiviti Khidmat Masyarakat. Klik di sini untuk atur cara majlis.

Senarai nama penerima anugerah boleh disemak di sini. Para penerima anugerah diminta memberikan jawapan kehadiran di talian 03- 9145 5057/5058 atau melalui edaran kad jemputan yang dikeluarkan bagi memudahkan pembahagian tempat duduk.

Perkhidmatan kenderaan universiti bagi penerima anugerah PPUKM akan disediakan untuk perjalanan pergi dan balik ke Hotel  JW Marriot, Putrajaya. Sila berkumpul di Lobi Blok Pendidikan pada jam 4.45 petang.

Sila bawa bersama kad jemputan untuk memudahkan proses pembahagian tempat duduk.

Kehadiran penerima anugerah PPUKM di Majlis Makan Malam ini amat dialu-alukan untuk memeriahkan sambutan.

 

(ewarga/bul/bil.08012010-16)


Tahniah - Keputusan Hadiah Penerbitan Angkasa 2008 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Wayan Suparta, Pensyarah (Felo Penyelidik) Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM kerana telah memenangi Hadiah Penerbitan Angkasa 2008 seperti berikut:

Hadiah: Tempat Pertama (RM 2500.00)
Tajuk: “Observations of Antarctic Precipitable Water Vapour and Its Response to the Solar Activity Based on GPS Sensing”
Kategori 1: Kertas Kerja Profesional Dalam Bidang Sains dan Pendidikan Angkasa (i. Penerbitan di majalah/jurnal)

Anjuran: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

(ewarga/bul/bil.08012010-15)


Pelanjutan Pengesahan SKT dan wajaran SPPU [atas]

Dimaklumkan bahawa tempoh pengesahan SKT dan wajaran dilanjutkan sehingga 17 Januari 2010. Tempoh pelanjutan ini memberi peluang terakhir untuk kakitangan yang belum melengkapkan SPPU.

(ewarga/bul/bil.07012010-14)


Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Paras 1 & 2, Bangunan Canselori [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Paras 1 & 2, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :   8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
                         8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 28 Januari 2010 (Khamis), Jam 11.00 Pagi. Maklumat lanjut sila klik lampiran.

(ewarga/bul/bil.07012010-13)


Pekeliling Bendahari Bil.23/2009, 24/2009, 25/2009 dan 1/2010 [atas]

1. Pekeliling 23/2009–Penyertaan Program Dana Waqaf Dan Infaq UKM Melalui Potongan Gaji Bagi Kakitangan UKM

  • Borang Dana Waqaf–klik untuk borang untuk kakitangan dan sila klik borang untuk bukan kakitangan UKM

2.  Pekeliling 24/2009 – Kawalan Peruntukan Dan Perbelanjaan Menggunakan Buku Vot

3. Pekeliling 25/2009 – Pengurusan Kewangan Secara Berhemat.

4. Pekeliling 1/2010 – Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tambahan Tahun 2010.

  • Lampiran A : ABM 5 – Format Bagi Cadangan Dasar Baru/One Off

(ewarga/bul/bil.07012010-12)


Sistem E- Kursus dan E- Latihan [atas]

Dimaklumkan bahawa sistem ekursus yang digunakan untuk memproses permohonan kursus anjuran Unit Pengurusan Latihan & Cuti Belajar JSM, PPUKM ditamatkan pada 1 Januari 2010.

Semua permohonan mengikuti kursus anjuran Jabatan Sumber Manusia kini perlu dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) http://ewarga3.ukm.my/eSPeL/login.cfm mulai 1 Januari 2010.

Walau bagaimanapun sistem elatihan yang telah dibangunkan mulai Jun 2009 untuk memproses permohonan mengikuti kursus anjuran luar dan mengadakan latihan masih diguna pakai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Rohani Talib Ali di talian 03-91455136/ 5165/ 5163/ 5164.

(ewarga/bul/bil.07012010-11)


Penutupan Sementara Perkhidmatan Perpustakaan ATMA sehingga kerja Naiktaraf Bangunan selesai [atas]

Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan di Perpustakaan ATMA masih belum dibuka kerana kerja-kerja menaik taraf perpustakaan dan bangunan ATMA belum selesai. Pengumuman pembukaan semula Perpustakaan ATMA akan dibuat kelak apabila kerja-kerja ubahsuai PATMA siap.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email aripah@ukm.my, mariatul@ukm.my, nor@ukm.my atau 03-89213149.

(ewarga/bul/bil.07012010-10)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online.  Klik di sini untuk mengisi borang.  Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.07012010-09)


Awas Laman Web E-perbankan Palsu [atas]


Semua warga UKM diminta berhati-hati dengan kegiatan 'phishing' atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan. Aktiviti cubaan 'phishing' semakin meningkat kebelakangan ini. Kegiatan 'phishing' merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  http://ictso.ukm.my/v3/

(ewarga/bul/bil.06012010-08)


Tahniah - UKM Juara Kejohanan Bola Tampar SUKMALINDO [atas]

Sukacita dimaklumkan pasukan bola tampar pelajar (L) UKM telah mewakili Malaysia di Kejohanan SUKMALINDO (Sukan Malaysia-Indonesia) di Jakarta dan Bandung pada 21 - 25 Dis 09 yang lalu. Pasukan Malaysia telah menjadi juara dengan mengalahkan Universitas Negeri jakarta (UNJ) yang merupakan juara Universiti Indonesia dengan mata 3 - 0. Sila Klik untuk berita bergambar. Syabas !

(ewarga/bul/bil.06012010-07)


Persidangan Antarabangsa Epistemologi Tauhid: Ekonomi Zakat dan Wakaf [atas]

Tarikh: 6 - 7 Januari 2010
Tempat: ILIM Bangi
Perasmi: YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri

(ewarga/bul/bil.06012010-06)


Seminar Geofizik Kejuruteraan dan Sekitaran 2010 [atas]


Sila Klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.06012010-05)


Siri Seminar INBIOSIS [atas]

Siri Seminar INBIOSIS 11
Tajuk: For Green Growth in Biology
Tarikh: 7 Januari 2010 (Khamis)
Masa:
2.00 - 4.00 petang
Tempat:
Dewan Seminar, Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), UKM, Bangi
Nama Pembentang: Dr. Eun-Gi Cho
(The Foundation of Agricultural Technology Commercialization & Transfer Rural Development Administration, Korea)
Yuran Pendaftaran: Percuma


Siri Seminar INBIOSIS 12
Tajuk: Current Development of Phytochemical Genomics
Tarikh: 12 Januari 2010 (Selasa)
Masa:
2.30 - 4.30 petang
Tempat:
Dewan Seminar, Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), UKM, Bangi
Nama Pembentang: Prof. Dr. Kazuki Saito (RIKEN Plant Science Center, Yokohama, Jepun)
Yuran Pendaftaran: RM10.00 (termasuk fail seminar dan minum petang)

Sila klik Seminar 11, Seminar 12 untuk keterangan lanjut atau hubungi 03 8921 4558 / 4549.

(ewarga/bul/bil.06012010-04)


Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 Januari 2010
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dataran Canselori, Bangunan Canselori

Jabatan Bendahari dari masa ke masa berusaha untuk memperbaiki perkidmatan nya secara berterusan.  Tuan/Puan/Dato boleh mengemukakan cadangan atau teguran melalui borang soalselidik Jabatan Bendahari secara dalam talian melalui alamat ini : http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/insert_soalselidik.php
.

Kami sedia menjawab sebarang kemusykilan anda berkaitan pengurusan kewangan Universiti.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.05012010-03)


Pekeliling Bendahari Bil. 26/2009-Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.0

(ewarga/bul/bil.05012010-02)


Kempen Derma Darah [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Derma Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah seperti berikut:

Tarikh: 5 Januari 2010 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM

Semua warga PPUKM dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perhubungan Awam, Pusat Perubatan UKM ditalian 03-91455057

(ewarga/bul/bil.05012010-01)


Kolokium Mahasiswa ke-8 [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Pergigian UKM akan mengadakan Kolokium Mahasiswa Pergigian Ke-8 pada butiran berikut :-

Tarikh: 5 & 6 Januari 2010 (Selasa & Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Auditorium, Pusat Perubatan UKM Cheras , Kuala Lumpur
Perasmian Penutup Oleh: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak,Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar dan Alumni.

Semua warga UKM diundang hadir

(ewarga/bul/bil.31122009-103)


Syarahan Umum Profesor Pelawat KITA [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA) akan menganjurkan Syarahan Umum Profesor Pelawat seperti butiran berikut:

Tarikh: 7 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Senat
Tajuk: Plural Society, Ethnicity, Class: Malaysian Indians and the Crisis of Political Economy oleh Prof. Dr Ravindra Kumar Jain, Jawaharlal Nehru University , New Delhi , India dan Professor Pelawat KITA

Semua warga UKM diundang hadir

(ewarga/bul/bil.31122009-102)


Sesi Taklimat Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) Tahap 1 Sesi 1/202010 [atas]

Dimaklumkan bahawa taklimat bagi program PPPM Tahap 1 Sesi 1/2010 akan diadakan pada:

Tarikh: 11 Januari, 2010 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori

Peserta yang telah memohon dan ditawarkan untuk mengikuti program ini, DIWAJIBKAN HADIR ke sesi taklimat tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8921 4434.

(ewarga/bul/bil.31122009-101)


Malam Anugerah Seni UKM 2009 [atas]

Dimaklum bahawa dalam usaha untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kampus khususnya pelajar dan kakitangan dalam bidang kesenian, Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan mengadakan ‘Malam Anugerah Seni UKM 2009’ seperti berikut :

Tarikh: 8 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.31122009-100)


Minggu Keusahawanan Kolej Tun Hussein Onn [atas]

Dimaklumkan bahawa Kolej Tun Hussein Onn di bawah Sekretariat Malam Anugerah Pelajar ke-13 akan mengadakan minggu keusahawanan pada:

Tarikh: 4-8 Januari 2010 (Isnin-Ahad)
Masa: 10.00 pagi- 5.00 petang
Tempat: Pusanika, UKM

Pelbagai jualan yang menarik dengan harga berpatutan. Semua warga UKM dijemput hadir

(ewarga/bul/bil.31122009-99)


Persidangan Antarabangsa Kali Ke-7 : Epistemologi Tauhid :Ekonomi Zakat Dan Wakaf [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam UKM bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan persidangan tersebut pada butiran berikut :

Tarikh: 6 -7 Januari 2010 (Rabu & Khamis)
Masa:   8.00pagi - 5.00 petang
Tempat: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Sungai Merab Luar, Seksyen 12, Bandar Baru Bangi Selangor
Yuran Penyertaan:
Warganegara Malaysia : RM50.00
Peserta Luar Negara : USD 150
Pelajar Universiti : RM20.00

Sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran sila hubungi urusetia persidangan iaitu :Cik Siti Maheran Binti Ismail di talian 03-8921 7114 atau Puan Zaidatul Akmal Binti Dolmat di talian 03-8921 6988.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.31122009-98)


Bengkel Penasihat Akademik Antarabangsa UKM-Graduate School of Business [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa UKM- Graduate School of Business akan menganjurkan Bengkel Penasihat Akademik Antarabangsa seperti berikut:-

Tarikh: 4 & 5 Januari 2010 (Isnin & Selasa)
Masa: 11.30 pagi – 5.00 petang (Isnin)
          9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa)

Tempat: Hotel Equatorial, Bangi
Panel Penasihat:
1.Professor S. Ghon Rhee – Dean, SKKU Business School, SKK University Korea
2.Professor Zahir A Quraeshi – Director, Global Business Center, Haworth College of Business Western Michigan University, Kalamazoo
3.Professor George S. Yip – Dean Rotterdam School of Management Erasmus University Erasmus University, Netherland
4.Dr. Nik Rahimah Nik Yakub – Managing Director & Business and Education Consultant, Beaumind Soft Sdn Bhd, Malaysia

(ewarga/bul/bil.31122009-97)


Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan [atas]

Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan:

1.Pembantu Am Pejabat N4
2.Pekerja Awam R4
3.Atendan Kesihatan U12
4.Pembantu Makmal (C26)
5.Pembantu Makmal (C22)

Sila capai ruangan: Peluang Pekerjaan untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.31122009-96)


Pameran 'Penyakit Respiratori' [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan Pameran'Penyakit Respiratori' seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 1 – 31 Januari 2010
Masa: 8.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat: Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.30122009-95)


Siri Seminar Bulanan FSSK - "Bagaimana Menghasilkan Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi" [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan menganjurkan seminar tersebut pada:

Tarikh: 7 Januari 2010(Khamis)
Masa: 1.00 – 2.00 petang
Tempat: Bilik Seminar 1, FSSK
Tajuk: "Bagaimana Menghasilkan Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi"
Penceramah : Prof. Madya Dr. Hooi Ling Soh, Pensyarah Pelawat, University of Minnesota, USA

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Noraznita di talian 03-89214645.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.30122009-94)


Taklimat Lanjutan Penyediaan Buku Vot UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Bahagian Akaun dan Belanjawan, Jabatan Bendahari akan mengadakan taklimat lanjutan penyediaan Buku Vot UKM 2010 pada butiran seperti berikut :

Tarikh: 5 Januari 2010(Selasa)
Masa: 2.15 petang
Tempat: Bilik Senat Paras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia

Taklimat ini diberi keutamaan kepada pegawai yang telah menghadiri kursus penyediaan buku vot di Pusat Teknologi Maklumat.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.30122009-93)


FORUM II SEADPRI 2010 : Climate Change Adaptation and Spatial Planning: Assessment and Communication of Vulnerability [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) dengan kerjasama Persatuan Geologi Malaysia dan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia akan mengadakan forum tersebut pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 5 Januari 2010 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Pujangga 1, Puri Pujangga, UKM Bangi

Kepada yang berminat, sila klik untuk mendapatkan maklumat lanjut serta Borang Pengesahan Kehadiran . Borang yang telah diisi perlu dikembalikan kepada Urus setia sebelum atau pada 29 Disember 2009.

(ewarga/bul/bil.28122009-91)


Kursus Anjuran Unit Latihan Tahun 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa permohonan kursus anjuran Unit Latihan bagi tahun 2010 telah dibuka untuk permohonan. Sila layari Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) www.ukm.my/espel untuk mendapatkan jadual penuh dan membuat permohonan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Latihan, Jabatan Pendaftar 03 – 8921 3026/4434/3144.

(ewarga/bul/bil.28122009-90)


Bengkel Kaunseling Keluarga [atas]

Dimaklumkan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM akan mengadakan Bengkel Kaunseling Keluarga pada butiran berikut:

Tarikh : 6 – 7 Januari 2010
Tempat : Dewan Puri Pujangga, UKM

Bengkel ini antara lain akan membicarakan beberapa pendekatan serta strategi kaunseling keluarga dengan merujuk kepada kes-kes tertentu. Peserta akan berpeluang menjalankan kaunseling keluarga dalam sesi main peranan serta menerima maklum balas terus daripada pakar.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Profesor Dr. Zaidi Mohdzain, Dekan College of Education, Southern Arkansas University, USA yang kini adalah Profesor Pelawat di Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia, FSSK,UKM.

(ewarga/bul/bil.28122009-89)


Kemasukan Maklumat Keperluan Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 20092010 Oleh Penyelaras Kursus Prasiswazah[atas]

Dimaklumkan bahawa tarikh kemasukan maklumat peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2009/2010 perlu dilakukan oleh Penyelaras kursus mulai 28 Disember 2009 hingga 19 Januari 2010. Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut, sila email kepada smpweb@ptm.ukm.my.

Sila klik untuk maklumat berkaitan.

(ewarga/bul/bil.28122009-88)


Tawaran Sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) / Pembantu Penyelidik (RA),IKRAB, UKM[atas]

Tawaran dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) atau Pembantu Penyelidik (RA) dalam penyelidikan berkaitan dengan “Diaspora rakyat Malaysia di Negara Teluk: Cabaran dan sumbangan kepada Negara”:

Tempoh projek: 2 tahun (Januari 2010 – Disember 2011)
Lantikan: Setiap 6 bulan (sambungan kontrak bergantung kepada prestasi)
Elaun bulanan: RM 1600.00

Kriteria-kriteria yang di perlukan adalah seperti berikut :
–Pelajar Sarjana / mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang
–Mempunyai minat yang tinggi dalam penyelidikan
–Mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (terutama penulisan)
–Mahir menganalisis data menggunakan SPSS
–Boleh bekerja dengan pengawasan minima
–Komited dalam tugasan yang akan diberikan

CARA MEMOHON
Kepada calon yang berminat, sila hantarkan resume (CV) anda *SEGERA, melalui e-mail noorrulab@ukm.my / pghikrab@ukm.my pada atau sebelum 15 Januari 2010 (Jumaat). Bagi yang layak, pihak IKRAB akan mengaturkan sesi temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

(ewarga/bul/bil.28122009-87)


Rekod Inovasi - Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Gred 17-54 (Bukan Akademik) Siri 1/2009 [atas]

Dimaklumkan bahawa semua calon PTK-PKB Siri 1/2009 kini boleh merekod maklumat Inovasi/ Penambahbaikan/ Penyelidikan/ Penulisan di Sistem Pengurusan Inovasi di http://www.ukm.my/einovasi sehingga 28 Februari 2010.

Walau bagaimanapun bagi tujuan perakuan Ketua Jabatan, mohon mencetak borang ini dan diperakukan secara manual sebelum dikemukakan kepada Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, 43600 UKM Bangi.

Untuk bantuan sila hubungi:
Bahagian urus setia : 03 – 8921 4434/5146 (Bangi), 03-9145 5185 (PPUKM)
Bahagian teknikal : 03-8921 6168

(ewarga/bul/bil.28122009-86)


Kunjungan Professor Pelawat Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam(JPATI) FPI, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Mahrajan 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI) (1974-2009), Fakulti Pengajian Islam, UKM, pihak JPATI akan menerima kunjungan profesor pelawat sebagaimana butiran berikut:

Nama: Prof. Dr. Munjid Mustafa Bahjat
Institutsi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tarikh: 28 Disember 2009 hingga 8 Januari 2010

Untuk maklumat lanjut mengenai biografi ringkas dan kepakaran Prof. Dr. Munjid Mustafa Bahjat, sila klik dan layari:http://iiu.edu.my/irkhs

Untuk maklumat lanjut, sila klik poster ini.

(ewarga/bul/bil.28122009-85)


Malam Santapan Astana [atas]

Dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina akan mengadakan Malam Santapan Astana (Majlis Makan Malam FKAB 2009) pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 8 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat:Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Anjuran Bersama: Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Tema Majlis: Kesultanan Melayu
Slogan: Tradisi dijunjung perkasa lestari

(ewarga/bul/bil.28122009-84)


Kursus SPIN & Pembangunan e-Kandungan [atas]

Dimaklumkan PPA akan menganjurkan Kursus SPIN Pembangunan e-Kandungan pada:

Tarikh :11 Januari 2010 (Siri 1) & 12 Julai 2010 (Siri 2)

Sila klik atur cara program & borang permohonan.

(ewarga/bul/bil.24122009-82)


Pemilihan Pasukan ke Pertandingan Microsoft Imagine Cup 2010 (Rekabentuk Perisian) Peringkat UKM[atas]

Makluman "Pemilihan Pasukan ke Pertandingan Microsoft Imagine Cup 2010 (Rekabentuk Perisian) Peringkat UKM"

Dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan mengadakan sesi pemilihan pasukan bagi mewakili UKM ke Pertandingan Imagine Cup (Kategori Rekabentuk Perisian). Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran usulan ringkas adalah pada 4 Januari 2010.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.22122009-75)


Makluman "A Workshop on Sampling and Analysis of Total Hydrocarbon in Water and Sediment 2010" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR), Fakulti Sains dan Teknologi UKM akan menganjurkan "A Workshop on Sampling and Analysis of Total Hydrocarbon in Water and Sediment 2010" yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 - 5 Februari 2010
Tempat: Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, FST dan Pulau Langkawi

Kepada sesiapa yang beminat untuk menyertai kursus ini, sila muat turun borang penyertaan dan sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-8921 4268.

(ewarga/bul/bil.10122009-34)